Penggulingan Morsi satu pengajaran kepada Malaysia

Peristiwa penggulingan Presiden Mesir, Dr Mohamed Morsi disifatkan sebagai satu pengajaran kepada masyarakat dan kerajaan Malaysia, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Beliau berkata, detik hitam itu tercetus daripada sentimen kebencian dan perpecahan yang dibawa oleh kumpulan tertentu yang hanya mahu semata-mata untuk mengubah kepimpinan negara.

Katanya, perubahan itulah telah menyebabkan ketegangan berlarutan sehingga ekonomi merundum dan rakyat terbunuh.

"Saya bersyukur kerana kerana atas kebijaksaan dan kepimpinan kita, serta kewarasan masyarakat dari pelbagai kaum dan agama di negara ini, kita tidak berdepan masalah seperti di Mesir," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Bernama melaporkan Hishamuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rampasan kuasa oleh tentera Mesir terhadap presidennya, semalam.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pakatan pembangkang pada prinsipnya menolak penggulingan Morsi kerana pemilihan presiden itu dibuat melalui sistem pilihan raya yang diiktiraf dunia, telus dan bersih.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar turut mengharapkan masyarakat antarabangsa turut bersama-sama mengutuk tindakan penggulingan presiden itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana