PENGERUSI MYWATCH PULAK KENA TEMBAK SELEPAS MENGUTUK POLIS DAN MENDESAK PENGHAPSUAN ORDINAN DARURAT!!!

Sri Sanjeevan a/l Ramakrishnan atau R Sri Sanjeevan yang sebelum ini bukan main lagi kuat mengutuk polis serta menyifatkan Ordinan Darurat sebagai 'perkara paling karut' selain ISA yang disifatkan sebagai 'akta terkejam di dunia', hari ini menerima padah daripada mulutnya sendiri. Hari ini dia melihat sendiri bagaimana perjuangannya untuk menghapuskan Ordinan Darurat dan Akta Keselamatan Dalam Negeri, hampir meregut nyawanya ekoran dia telah ditembak oleh orang yang tidak dikenali.

Kejadian berlaku di Taman Awana Indah, Bahau.

R. Sri Sanjeevan yang merupakan Pengerusi MyWatch ketika itu sedang memandu kereta BMW berwarna perak dengan nombor pendaftaran SS51P. Dia menurunkan tingkap untuk menghisap rokok. Bersama-samanya di dalam kereta adalah Ramesh Balakrishnan yang merupakan rakannya.

Sanjeevan baru sahaja mengambil Ramesh di taman permahan tersebut untuk keluar minum di pekan Bahau.

Ketika itulah, muncul sebuah motosikal yang ditunggang oleh dua orang lelaki India yang tidak dikenali. Motosikal tersebut telah memotong kereta yang dipandu oleh Sanjeevan. Apabila berada bersebelahan, pembonceng motosikal tersebut telah mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan tembakan, mengenai rusuk kanan Sanjeevan. Tembakan tersebut telah menyebabkan Sanjeevan memperlahankan kenderaannya.

Motosikal itu kemudiannya memecut dan berhenti di hadapan kereta yang dipandu Sanjeevan. Pemboncengnya turun dan mengacukan pistol ke arah Sanjeevan. Bagaimanapun, Sanjeevan berjaya memeceut keretanya.

Kedua-dua lelaki India yang bermotosikal itu kemudiannya berpatah balik menghala ke Rompin dan melarikan diri. Lebih kurang 300 meter, Ramesh berjaya menghentikan kereta yang dipandu oleh Sanjeevan. Dia kemudiannya mengalihkan Sanjeevan ke bahagian belakang kereta. Ramesh memandu kereta itu dan terus ke Hospital Jempol.

Sanjeevan dilaporkan dalam keadaan kritikal dan dijangka akan dihantar ke Hospital Besar Kuala Pilah.

Harap-harap tak adalah yang menyalahkan penjenayah berkenaan kerana mereka sekarang ini bebas melakukan apa-apa sahaja. Apatah lagi, tujuan penghapusan ISA dan ORDINAN DARURAT adalah untuk membebaskan jenayah berbuat apa-apa sahaja.

Tahniahlah kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang bersungguh-sungguh berhujah tentang perlunya penghapusan Ordinan Darurat dan ISA. Tapi tak tahulah, selepas makan peluru ini, otak mereka boleh berpusing dan hujah mereka pula berbeza.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana