Penganalisis politik yakin BN mampu pertahan DUN Kuala Besut...Alhamdulilah

ALOR SETAR: Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak yakin Barisan Nasional (BN) berupaya mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut pada pilihan raya kecil esok.

Katanya, keyakinannya itu berdasarkan keputusan pilihan raya 5 Mei lalu yang menyaksikan BN menang dengan majoriti lebih dua ribu undi.

"Saya menjangkakan (demikian) oleh kerana majoriti BN pun menang dua ribu lebih, jadi saya percaya BN masih ada peluang yang baik untuk memenangi kembali kawasan ini dan tak berlaku (kedudukan kerusi) 16-16 itu," katanya ketika di temui  di kampus UUM baru-baru ini.

Menurut beliau, sehingga hari ini, beliau melihat tiada apa-apa isu yang boleh menggugat kedudukan BN.

"Jadi saya tidak nampak akan ada satu perbezaan yang besar dari segi corak pengundian rakyat dan sebagainya walaupun ada perubahan dari segi calon yang bertanding tetapi parti tetap sama, dan pengundi juga pengundi yang sama.

"Isu-isu pun tidak banyak yang akan mempengaruhi perubahan besar kerana ini adalah pertandingan di kawasan Melayu orang Islam majoritinya iaitu pertandinagan antara Umno dan PAS," katanya lagi.

Mohamed Mustafa berkata sejak pilihan raya 5 Mei lalu, beliau tidak melihat sebarang perkembangan ataupun isu yang boleh memberi kelebihan kepada pembangkang.

"Saya tak nampak ada isu-isu besar yang menguntungkan PAS dan saya tidak nampak ada isu-isu besar yang menyebabkan Umno BN ada masalah di situ," katanya.

Penganalisis politik itu juga menambah, kemungkinan menyaksikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu menjadi tergantung juga agak tipis kerana kedudukan BN yang boleh dikatakan kukuh di Kuala Besut.

"Keputusannya tidak banyak perbezaan dengan PRU yang lepas tidak ada apa-apa yang istimewa Besut ini, tetapi kalau ada keputusan yang luar jangka sudah pasti politik Terangganu akan berhadpaan dengan situasi yang lebih menarik lagi untuk diberikan perhatian,"

"Tetapi jangkaan saya perkara itu tidak akan berlaku," katanya.

Pilihan raya DUN Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar, 55, pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Pada pilihan raya esok, Calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman akan ditentang oleh calon PAS, Endot@Azlan Yusof.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana