Pendedahan Pembekal Dakwat Kekal Adalah Satu Sabotaj

Tindakan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli semalam yang mendedahkan nama pembekal dakwat kekal yang digunakan SPR pada PRU13 lalu hanya akan membuka ruang kepada sabotaj dan manipulasi...Tindakan kerajaan yang menjaga kerahsian pembekal adalah perlu bagi mengelak kes sabotaj oleh pihak-pihak yang tidak berpuas hati kepada kerajaan atau SPR sendiri,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Shahidan Kassim ketika membahas sesi Perbahasan Pembekalan Tambahan Kementerian Kewangan di Parlimen, hari ini...Sekiranya identiti pembekal didedahkan dengan mudah, akan timbul pelbagai insiden lain seperti ramai pihak mencuba mendapatkan bekalan dakwat tersebut dan memanipulasi proses PRU13.

“Tentang pembekal, yang pertama kes ini telah didedahkan dan biar SPRM siasat dan uruskannya.

“Dan berkenaan syarikat yang membekalkan dakwat kekal itu, sekali lagi saya beritahu saya dimaklumkan bahawa kalau kita beritahu ini kedainya saya rasa sudah pasti orang akan buat manipulasi macam itu. Mereka akan pergi beli dan celup,” kata Shahidan.

Memang benarlah apa yang dijawab oleh Shahidan sendiri. Permintaan parti pembangkang yang mahukan kerajaan mendedahkan pihak pembekal dakwat kekal hanya akan memburukkan keadaan sahaja.

Tidak ada tujuan utama perlunya rakyat mengetahui pembekal dakwat kekal kerana ia hanya akan terus mencemarkan imej SPR yang telah dibuat oleh parti pembangkang. Maka dengan itu, tujuan pembangkang yang mahu terus memburukkan SPR akan tercapai. Sebab itulah isu dakwat kekal masih dimainkan oleh pembangkang sejak 5 Mei hingga ke hari ini.

Hakikatnya, SPR tidak bertindak sesuka hati dan tidak membuat peraturan sendiri termasuklah menjaga kerahsian pembekal dakwat kekal. Sebaliknya, setiap proses pilihan raya yang ingin dijalankan dan diselenggara oleh SPR, badan tersebut juga harus melalui proses-proses tertentu.

Langkah Rafizi mendedahkan identiti pembekal dakwat kekal hanyalah sebagai langkah lain untuk mencabar SPR dan mewujudkan lagi rasa marah rakyat.

Seperti kata Shahidan, sikap pembangkang boleh dibaca. Sekiranya tidak berpuas hati kepada keputusan PRU13, senaraikan rungutan dan selepas itu mendesak SPR untuk menolak dan tidak mengiktiraf keputusan PRU13 lalu.

“Kita guna dakwat kekal ini pun, sebab ikut cakap pembangkang. Nak sangat guna dakwat kekal. Bila sudah ikut, ada ‘komplen’, terus mahu buat PRU lain. 1000 tahun pun tak akan habis-habis.

“Sudahlah. Buat ‘komplen’ sahaja, kita akan ambil tindakan. Penting untuk kita tidak boleh cacatkan PRU dan SPR,”

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana