Pelancong Malaysia tersadai di Kaherah

Konflik politik yang semakin tegang di Kaherah, Mesir menyebabkan ramai pelancong Malaysia ‘tersadai’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, atas faktor keselamatan.

Kebanyakan pelancong yang mengikuti pakej umrah ke tanah suci Mekah sepatutnya dijadualkan mengikuti lawatan singkat sehari ke lokasi menarik sekitar Kaherah sebelum menyambung penerbangan ke Jeddah.

Malangnya keadaan bergolak membabitkan penyokong Presiden Mesir, Muhamed Mursi dan puak penentangnya menyebabkan pihak agensi pelancongan yang mengatur pakej umrah itu membatalkan program lawatan dirancang.

Pembatalan program itu menyebabkan rata-rata peserta pakej umrah itu terpaksa duduk menanti hampir 13 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah sejurus tiba melalui penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 5 pagi semalam (waktu tempatan).

Peserta pakej umrah berkenaan, Zolkefli Aala, 63, berkata, dia tidak dibenarkan keluar dari lapangan terbang dan perlu duduk menunggu penerbangan seterusnya ke Jeddah pada jam 7 malam semalam.

Menurutnya, pihak syarikat yang menawarkan pakej umrah berkenaan sebelum ini menawarkan lawatan singkat ke bandar Kaherah termasuk melawat ke Piramid dan lokasi menarik lain.

“Malangnya pihak syarikat terbabit menghubungi saya beberapa hari lalu dan memaklumkan lawatan itu dibatalkan atas faktor keselamatan selaras dengan nasihat Kerajaan Malaysia sebelum ini.

“Saya sedikit dukacita kerana hasrat untuk melihat piramid yang juga salah satu dari tujuh keajaiban dunia tidak tercapai,” katanya yang mengerjakan umrah bersama isterinya, Che Nuteh Kassim, 56.

Seorang lagi peserta rombongan umrah, Mail Abdul Hamid, 58, turut melahirkan rasa kecewa kerana tidak dapat melawat lokasi menarik di Kaherah, Mesir.

“Apakan daya kami terpaksa duduk menanti di lapangan terbangan antarabangsa Kaherah berikutan penerbangan seterusnya ke Jeddah hanya disambung pada jam 7 malam.

“Saya akur dengan arahan ejen syarikat pelancongan terbabit berikutan niat untuk menunaikan umrah ke tanah suci adalah lebih utama bagi kami,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana