PAS Terus Kelam-Kabut Di Kuala Besut..

Walaupun PAS menyenaraikan ramai penceramah ‘handalan’ termasuklah Mat Sabu dan Nik Aziz, selain Azhar Idrus yang dijangka dapat menarik puluhan ribu anak muda untuk mendengar ceramah agama versi lawaknya di Kuala Besut, hakikatnya pertempuran sesama sendiri, selain pembuktian betapa peranan mereka diperlukan di Kuala Besut, sedang berlangsung dengan hebatnya.

Mujurlah berbanding UMNO, PAS lebih bijak menyembunyikan masalah mereka menerusi pelbagai kerenah kontroversi dan polemik.

Perjalanan dan pergerakan Jabatan Pilihanraya PAS kali ini, amat tempang dan bercelaru. Dari awal lagi, iaitu sebaik-baik sahaja Husam Musa diumumkan sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil Kuala Besut, masalah telah pun bermula. Masalah berkenaan, bertambah lagi apabila Azlan @ Endut Jusuh pula diumumkan sebagai calon, sekaligus mengenepikan kuota Muslimat PAS di Kuala Besut.Pada PRU lalu, calon PAS adalah Nafisah Ismail. Nafisah kalah di tangan Allahyarham Dr. Abdul Rahman dengan majoriti lebih dari 2000.

Ada cerita di Kuala Besut yang enggan didedahkan oleh PAS. Malah PAS enggan mengakui bahawa kepincangan terbesar dalam PRK kali ini di Kuala Besut ialah, kempen PAS tidak disertai oleh Muslimat PAS lagi terutama dari Kuala Besut.

Kalau ada pun Muslimat yang datang berkempen, kebanyakan daripada mereka didatangkan dari luar, tertama Kelantan oleh Husam Musa. Muslimat PAS Kuala Besut dilihat mengambil sikap berdiam diri dan ‘memulaukan’ program.

Bertambah kelam-kabut lagi ialah apabila kebanyakan ceramah dan kempen yang dijalankan oleh PAS, langsung tidak mendapat sambutan. Ceramah di bazar Ramadan Tok Bali dan di bazar Ramadan Kampung Raja, sekadar memalukan para penceramah apabila orang ramai langsung tidak memberian perhatian kepada penceramah yang berceramah atas atas lori. Bahkan sekali pandang, para penceramah PAS tidak ubah seperti penjual ubat kuat yang sedang cuba melarikan bahan jualannya.

PAS seperti tenggelam punca di Kuala Besut. Bantuan daripada PKR pula nampaknya tidak ubah seperti harapkan pagar, pagar memakan padi. Apakan tidak, PKR yang mendatangkan Nurul Izzah, Chegu Bard dan Hishamuddin Rais, lebih banyak mewujudkan persepsi negatif terhadap PAS berbanding menarik sokongan dan perhatian daripada golongan anak muda di Kuala Besut. Bahkan kehadiran mereka juga langsung tidak memberikan impak atau daya tarikan yang besar.

Ceramah yang melibatkan Mat Sabu telah beberapa kali dibatalkan kerana ketiadaan pendengar. Nik Aziz yang turut didatangkan untuk berceramah memandangkan reputasi dan cerita hebat tentang Nik Aziz dianggap mampu menjadi pemangkin kepada sokongan untuk PAS juga, nampaknya goyah dengan sambutan yang tidak disangka-sangka.

Sedangkan pada masa yang sama, calon Barisan Nasional yang dikatakan bukan orang tempatan meskipun ibu bapanya masih tinggal di Kuala Besut, kelihatan lebih selesa dengan corak kempen gaya semulajadi tanpa melibatkan ceramah-ceramah yang agresif. Begitu juga dengan jentera propaganda UMNO, kelihatan lebih mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Sudah ramai yang bertanya sesama sendiri dan kita boleh dengar di kedai-kedai kopi terutama di Dataran Kuala Besut yang memperkatakan tentang kemelut PAS. Jangan terkejut kalau kita dapat mendengar sendiri dari mulut orang PAS bahawa apa yang berlaku kepada PAS di Kuala Besut, tidak sahaja kerana kifarah Husam Musa, tetapi juga kerana doa laknat dan segala bidaah sesat yang diamalkan oleh PAS selama ini.

Doa kehancuran yang kerap kali menjadi kebanggaan PAS, sekarang ini sudah terpalit dan terkena ke batang hidung PAS sendiri.

Kalau PAS berasakan ini adalah taktik terbaik mereka dengan sandaran kepada apa yang berlaku di Kelantan sewaktu PRU-13 lalu, mereka ternyata melakukan kesilapan besar. Sepertimana silapnya UMNO dan Barisan Nasional menilai sokongan masyarakat Cina pada PRU yang sama!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana