PAS Terengganu tolak cadangan Guan Eng boikot pilihanraya kecil Kuala Besut

Hajat DAP nak ' buat riuh' pasal isu dakwat kekal dengan mengajak PAS memboikot pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut nampaknya tidak akan sampai ke mana.

Pesuruhjaya Pas negeri, Abdul Wahid Endut bukan saja menolak cadangan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng malah lepas sikit ' bom' pada para pemimpin Pakatan Rakyat yang dok gertak nak boikot majlis angkat sumpah di Parlimen.

"Tidak timbul boikot PRK ini kerana baru-baru ini ada yang mahu boikot angkat sumpah di Parlimen tetapi akhirnya pergi juga angkat sumpah, jadi, kita tetap dengan keputusan kita yang akan letakkan calon Pas di DUN Kuala Besut,"katanya dalam sidang akhbar di Kuala Terengganu Isnin.

Beliau berkata PAS Terengganu tetap hendak berentap dengan BN dalam PRK itu dan tidak mahu beri BN menang percuma.

Kata Wahid tidak timbul soal memboikot PRK DUN Kuala Besut kerana PAS negeri bertekad mahu memenangi kerusi di DUN itu biarpun tewas majoriti 2,434 pada pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Beliau berkata PAS Negeri telah bermesyuarat dan telah senarai pendek calon yang akan bertanding di Kuala Besut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana