Pas Sedang Sediakan Alasan Jika Kalah...

Selepas SPR mengumumkan tarikh undi untuk PRK di DUN Kuala Besut akan dilakukan pada 24 Julai depan, parti PAS sudah pun bersedia menuding jari kepada badan yang bertanggungjawab untuk menguruskan pilihan raya.

Awal-awal lagi PAS sudah melemparkan tuduhan di mana SPR tidak peka dan sensitif berhubung penetapan tarikh penamaan calon dan pembuangan undi bagi PRK kali ini.

Kononnya, SPR seolah-olah tidak ambil kira persekitaran di negeri itu apabila hari penamaan calon dan pengundian, masing-masing jatuh pada Jumaat dan Rabu.

Dan PAS juga mempersoalkan pemilihan tarikh tersebut seperti telah mengganggu urusan kerja mereka iaitu mengadakan kuliah agama pada hari Jumaat, begitu juga Rabu yang dilihat menyukarkan pengundi luar pulang mengundi.

Kebenarannya, ia langsung tidak menghalang bagi pengundi-pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka memilih calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan jawatan itu selepas penyandangnya dari parti BN meninggal dunia.

Kalau PAS menuduh hari penamaan calon tidak pernah berlaku pada hari Jumaat di Terengganu, itu adalah pembohongan semata-mata! Hari Jumaat di Terengganu adalah hari cuti, jadi, mustahil kalau ia mampu mengganggu kehidupan seharian dan pekerjaan rakyat Terengganu.

Kononnya juga ia seperti melemah semangat pengundi-pengundi luar Kuala Besut untuk pulang mengundi. Nampaknya, ia hanyalah usaha sekali lagi dari pihak pembangkang untuk mempertikaikan kewibawaan SPR.

PAS seperti mahu mewujudkan kembali pertelingkahan dan perpecahan politik yang dibuat oleh PKR dan DAP dalam PRU13 lalu. Yang seterusnya mampu pula menimbulkan situasi seperti demonstrasi jalanan oleh rakyat sebelum-sebelum ini.

Seharusnya, PAS yang sering memperjuangkan matlamat mereka sebagai parti Islam yang mempertahankan agama di Malaysia mengambil peluang mencari barakah Ramadhan seiring untuk membawa jalan damai di antara umah.

Tidak perlu terus-terusan mewujudkan satu situasi iaitu dengan menyalahkan pihak-pihak tertentu supaya pertelingkahan dan perpecahan umah terus berlaku.

Dan PAS yang sudah terlihat jelas sebagai parti minoriti sahaja dalam PR tidak perlu juga menyemarakkan gendang perang politik ada pemimpin pembangkang dengan kerajaan.

Ironinya, walaupun sering kali berlandaskan agama untuk memperjuangkan ideologi politik mereka, sikap tuduh-menuduh seperti sudah menjadi sebati dalam diri setiap pemimpin dan ahli-ahli PAS, sama seperti yang dilaksanakan oleh PKR dan DAP.

Dan bukanlah ketetapan iktiqad dan iradah untuk mencari jalan damai serta berdasarkan kepada keikhlasan yang pimpinan PAS bawa bersama untuk perjuangan politik mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana