PAS menaruh harapan untuk wujudkan rumah urut ikut jantina...Bukan kah Kata Dulu Mahu Hapuskan Gejala ini?

SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Othman masih menaruh harapan bahawa cadangan Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Datuk Teng Chang Khim untuk mewujudkan pusat urut mengikut jantina akan menjadi kenyataan.
Katanya, setakat ini, tiada lagi kata putus dari kerajaan negeri Selangor berhubung cadangan untuk mewujudkan zon jantina bagi rumah urut bagi membendung gejala maksiat di negeri itu.
rani yang juga adalah ADUN Meru berkata sehingga kini tiada perbicangan yang dijalankan oleh pihak kerajaan negeri berhubung perkara itu.

"Tidak ada bincang apa-apa pun, cuma hari itu dia (Teng) ada keluarkan kenyataan, tapi perkara itu belum diusulkan apa pun.

"Teng cuma mengatakan bahawa kalau ikut pendapat dia, rumah urut ini bukan benda tidak elok pun. Macam orang kita (Melayu) orang perempuan lepas bersalin pun berurut, lelaki sakit pun berurut.

"Kalau ikut Teng nak mengelakkan macam-macam kes tak betul (kegiatan tidak bermoral), kenapa dia tak cakap lelaki urut lelaki, perempuan urut perempuan? Kalau begitu saya setujulah, tapi kita belum bawa berbincang dalam usul ke apa, masih tak ada (bincang)," katanya ketika dihubungi Antarapos, di sini hari ini.

Teng sebelum ini mencadangkan supaya mewujudkan zon jantina bagi rumah urut bagi membendung gejala maksiat di negeri itu.

Namun, pemimpin DAP itu kemudiannya membuat pusingan 'U' dengan berkata tiada keperluan rumah urut diasingkan mengikut jantina kerana tiada kontroversi yang timbul mengenai hal berkenaan, maka tiada alasan baginya untuk menukar dasar yang sedia ada.
Sesetengah pihak mempercayai, Teng menerima tekanan atau juga ugutan termasuk daripada ahli politik mahupun pertubuhan kongsi gelap berhubung cadangannya.
Mengulas lanjut, Dr Rani berkata, PAS akan mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dalam masa terdekat ini.
"Seperti yang saya katakan tadi, kita akan bincangkan kita akan sampai ke perkara itu dengan mengadakan perbincangan," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana