PAS akui sukar rampas kerusi DUN Kuala Besut - Husam

JERTEH: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mengakui sukar untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu pada Pilihan Raya Kecil 24 Julai ini.

"Walaupun kita kemungkinan boleh menang kali ini, tetapi ia cukup berat untuk dilaksanakan," katanya ketika ditemui di pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut di sini, sebentar tadi.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut bagi PAS bagaimanapun menyatakan sebarang kejayaan kali ini adalah usaha yang akan dilakukan calon dan jentera parti.

Pilihan raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN akibat masalah paru-paru pada 26 Jun lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana