Pandangan peribadi berkaitan krisis politik Mesir

Mesir adalah negara paling penting jika dipandang dari segi perdagangan, suez canal adalah laluan perdagangan paling penting dalam dunia kerana ia menyatukan lautan eropah dengan lautan asia, tanpa sungai tersebut kapal-kapal perdagangan perlu melalui jalan Afrika Selatan sebelum sampai ke Asia, begitu hebatnya rezeki Allah kepada negara-negara Islam tetapi sedihnya Mesir masih dikira sebagai negara miskin. Selain itu,dari segi pertanian, Mesir mempunyai kawasan tanah paling subur disebabkan sungai Nile yang memberi sumber air kepada benua Afrika iaitu kawasan dikenali dengan kering kontang, malah ramai rakyat Mesir masih tidak mempunyai makanan secukupnya. Dengan dua faktor ini, bumi Mesir telah menjadi rebutan tamadun-tamadun lampau, dari Alexander the Great hingga ke empayar British, tetapi keadaan negara tersebut sekarang dengan potensi besar untuk membangun masih mundur dan rakyatnya majoriti masih miskin. Kalau diberi kepada Dr Mahathir , saya yakin dalam 22 tahun negara tersebut akan membangun dengan pesat, Alhamdullilah, Dr Mahathir ditakdirkan memimpin Malaysia.

Faktor kelemahan utama Mesir adalah rakyatnya yang tidak berhenti merusuh dan berdemonstrasi semenjak zaman Mubarak, sebuah kerajaan tidak boleh bekerja dengan cekap jikalau ada rusuhan setiap hari, maka apabila Mubarak letak jawatan disebabkan revolusi, pihak pembangkang Dr Morsi pula berevolusi untuk jatuhkan beliau. Kes ini tidak akan habis selagi rakyat Mesir menghormati keputusan pilihanraya negara dan kembali tenang supaya kerajaan baru boleh bekerja dengan aman, jikalau kerajaan Dr Morsi tidak memuaskan maka rakyatnya boleh pilih kerajaan baru pada pilihanraya akan datang. Dengan pergolakan terbaru ini, Mesir dengan potensi-potensi ekonomi akan kekal tersembunyi, lebih teruk lagi jiran dan musuhnya Israel walaupun tidak mempunyai sebanyak rezeki seperti negara-negara Islam lain, terus membangun dengan pesat terutamanya dalam bidang teknologi dan ketenteraan. Pemimpin Israel sedang senyum lebar melihat umat Islam dan musuh mereka berperang saudara.

Saya berdoa agar Mesir boleh kembali tenang, adakan pilihanraya baru tetapi kali ini hormati keputusannya. Pelajari daripada masalah politik Thailand, apabila Perdana Menteri Thaksin Shinawatra diguling kuasa oleh tentera, negara tersebut bergolak bertahun dan akhirnya kembali tenang apabila Perdana Menteri sekarang Yingluck Shinawatra dilantik dan tiada bantahan oleh pihak pembangkang. Krisis Mesir ini juga boleh jadi pengajaran bagi umat islam di Malaysia, jikalau Melayu Islam berperang sama Melayu Islam lain, maka ada pihak ketiga melihat satu peluang untuk menguasai negara ini secara tidak rasmi. Semoga Malaysia kekal aman damai

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana