Pakatan saman SPR, mahu mahkamah isytihar PRU-13 semula...Kalah Buatlah Cara Kalah

 KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat hari ini memfailkan saman terhadap tujuh anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk pengerusi dan timbalannya dengan harapan mendapatkan perintah mahkamah bahawa keputusan pilihan raya umum ke-13 yang lalu sebagai tidak sah dan terbatal.

Menurut Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, peguam yang mewakili tiga parti, PKR, DAP dan PAS telah memfailkan saman terhadap SPR pada jam 10 pagi tadi.

"Peguam kita telah failkan saman terhadap SPR di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
"Ia berkaitan dengan isu dakwat kekal yang tidak kekal," katanya pada sidang media di luar lobi Parlimen hari ini.

Turut hadir pada sidang media hari ini adalah  Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan, Setiausaha Pengelola DAP Anthony Loke dan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa yang juga adalah peguam bagi kes berkenaan.

Menurutnya, kes itu telah difailkan bagi mendapatkan pengisytiharan daripada SPR bahawa mereka gagal mengurus pilihan raya dengan telus dan telah bertindak berat sebelah."Kami mahu kes mahkamah yang khusus untuk ketengahkan serta mendedahkan isu ini dan perkara paling utama ialah mendapat pengisytiharan daripada SPR bahawa mereka gagal, berniat jahat, tidak jujur dalam penggunaan dakwat kekal.

"Jika mahkamah setuju dengan kita, maka kesimpulan yang logik yang akan kita perolehi ialah keputusan (pilihan raya umum) itu akan diketepikan.

"Kita mahu satu pengisytiharan bahawa semua 222 (kerusi) Parlimen yang diisytiharkan tidak sah," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana