Pak Lah Berkerusi Roda Hadir Ke Forum

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi mengejutkan banyak pihak apabila beliau tiba di Forum Kepimpinan Asean ke-10 dengan berkerusi roda.

Abdullah tidak pula menunjukkan sebarang tanda-tanda beliau sedang sakit, malah berada dalam 'mood' yang ceria semasa menyampaikan ucaptama pada forum, Khamis.

Pembantu pegawai khasnya, Teoh Ai Hua berkata, Abdullah mengalami radang di perantara tisu atau selulitis di kaki kiri beliau sejak enam minggu lalu.

"Beliau telah dinasihatkan oleh doktor untuk tidak berjalan begitu banyak kerana ia akan membebankan kakinya.

"Tetapi beliau merasakan adalah tugasnya untuk membuka forum ini kerana tajuk yang begitu erat dengan hatinya," kata Teoh.

Abdullah telah berkhidmat paling lama sebagai Menteri Luar Malaysia.

Ketika meninggalkan forum dengan isterinya Tun Jeanne Abdullah, peserta forum kelihatan bersesak di sekeliling beliau untuk mendoakan kesihatannya.

Dalam ucapannya, Abdullah berkata Asean, yang telah berkembang dalam pesat masih memerlukan lebih banyak kerja yang perlu dilakukan.

"Dengan manfaat yang besar dan ganjaran yang diperolehi daripada integrasi ekonomi yang lebih erat, adalah wajar untuk mengutamakan integrasi ekonomi atas kepentingan lain," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana