Nik Aziz Tidak Dihalang Solat Dalam Masjid TUDM?

Malam semalam Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat tiba-tiba sahaja datang ke Kuala Besut selepas tiga hari sebelumnya terpaksa memboikot programnya bersama Mat Sabu dengan alasan masalah kesihatan dan kepenatan bagi menutup malu gara-gara kekurangan hadirin di majlis tersebut...Kehadiran Nik Aziz semalam bagaimana pun masih gagal meningkatkan momentum dan moral sokongan untuk PAS apabila jumlah hadirin di lokasi ceramahnya yang berhampiran Masjid Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak didapati kurang dari seribu orang.

Itu pun kebanyakan hadirin adalah jentera PAS termasuklah ramai daripadanya merupakan penyokong PAS Kelantan yang diimport untuk meramaikan majlis, hanya segelintir saja orang tempatan.

Dalam pada itu, portal rasmi PAS mendakwa kononnya bekas Menteri Besar Kelantan itu sebelumnya telah dihalang dari menunaikan solat Maghrib di Masjid TUDM walau pun menurut portal itu lagi sudah ada persetujuan bagi membenarkan Nik Aziz solat di situ.

Berikutan itu, berteriak sakanlah juak-juak PAS yang percaya bulat-bulat dengan dakwaan tersebut tanpa membuat usul periksa telah menuduh BN telah dengan sengaja mengarahkan halangan tersebut dilakukan.

Namun menurut sumber, tiada sebarang halangan atau larangan untuk Nik Aziz atau siapa sahaja menunaikan solat di situ sebaliknya yang berlaku ialah pihak Masjid TUDM tidak membenarkan sesiapa sahaja untuk menyampaikan ceramah politik kepartian di dalam masjid.

Tujuan larangan ceramah politik atau berkempen dalam masjid amat jelas manfaatnya demi memelihara ketenteraman sesama Islam lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.

Tapi PAS berdegil tetap juga mahukan Nik Aziz dibenarkan berceramah politik, bila pihak masjid tidak berganjak memberi kelonggaran, itu yang Nik Aziz dan balacinya yang lain meroyan menuduh pihak Masjid TUDM menghalangnya solat Maghrib.

Itu yang sebenarnya berlaku, tiada sesiapa dilarang bersolat malah ramai pemimpin PAS yang lain termasuk calon PAS sendiri pun selamba saja solat di sana termasuk menunaikan solat Jumaat, tak perlu minta persetujuan malah tiada larangan apa pun.

Tapi biasalah PAS dalam bab propaganda menipu memang nombor satu, ada saja akal menipunya untuk mengelirukan orang ramai demi semata-mata nak mengaut undi simpati. Yang penyokong pula mudah saja ditipu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana