NGO: Duta Vatican City diberi tempoh 7 hari tarik balik kenyataan

KUALA LUMPUR: Tempoh tujuh hari diberikan kepada Duta Vatican City ke Malaysia, Archbishop Joseph Marino untuk menarik semula kenyataannya menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini.

Sekiranya tidak berbuat demikian, beliau bakal berhadapan dengan tekanan daripada Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam dan Melayu serta berdepan kemungkinan diusir dari negara ini.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Presiden JATI, Datuk Dr Hasan Ali mewakili NGO-NGO Islam dan Melayu pada sidang media hari ini.

"Kita minta duta itu menarik semula kenyataannya dalam tempoh tujuh hari..

"Sekiranya tidak, kami NGO-NGO Islam dan Melayu akan pergi ke pentadbiran tertinggi Malaysia untuk menggesa supaya kerajaan terus menutup pejabat duta Vatican City di Malaysia," katanya.

Dalam sidang media yang turut dihadiri Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali itu, Hasan menegaskan bahawa kenyataan Marino dikutuk sekeras-kerasnya oleh NGO Islam dan Melayu di negara ini.

Selain itu, tindakan Marino turut dilihat sebagai menyalah gunakan imuniti yang dimilikinya dengan mencampuri urusan dalaman negara ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana