Nasrudin tekad terus anjur tazkirah di Ramadan...Ini Masalah Kalau Tak Nak Dengar Pemerintah Cakap

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata larangan mengadakan ceramah atau tazkirah sewaktu solat terawih oleh Exco Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Negeri Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad tidak akan dipedulikannya.

Sebaliknya, kata Nasrudin yang juga adalah ahli Parlimen Temerloh, beliau akan terus menyampai dan menganjurkan tazkirah sempena Ramadan ini walau apa keadaan sekalipun yang terpaksa dihadapi.

"Justeru ini adalah kerja nabi-nabi alaihissolaatuwassalam yang mesti saya sambung. Ini amanah perjuangan. Jika mereka mahu mengenakan tindakan ke atas saya, itu terpulanglah namun saya tidak berganjak dari pendirian saya ini.

"Saman, saya ke mahkamah. Tangkap, saya ke penjara. Namun untuk membiarkan ummah ini jahil angkara kerajaan dungu ini, tidak sama sekali," tulisnya dalam laman Facebook.

Sebelum ini, Syed Ibrahim dilaporkan media sebagai berkata jawatankuasa masjid yang didapati sengaja melanggar arahan itu boleh dikenakan tindakan.

Menurut Nasrudin, beliau tidak faham mengapa kerajaan negeri mengambil tindakan seumpama itu sedangkan rakyat mendahagakan ilmu agama dan mencarinya dengan mengunjungi masjid serta surau yang menganjurkan pakej terawih dan tazkirah.

"Tazkirah adalah satu cabang dari aktiviti dakwah yang sepatutnya digerak-majukan oleh Exco Dakwah sebagaimana khutbah, kuliah dan lainnya. Tazkirah adalah berfungsi untuk menyedarkan ummah dari kelalaian dan ia membawa kebaikan kepada ummah, rakyat dan negara.

"Menghalang tazkirah, pula tidak menyediakan alternatif lain untuk membasmi kejahilan ummah yang sedang berdepan dengan tahap gejala sosial yang parah, jenayah yang meningkat dan maksiat yang kian menular adalah merupakan perbuatan khianat terhadap amanah rakyat," katanya lagi.

Beliau seterus mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya bertindak menghalang kelab malam daripada beroperasi di bulan Ramadan dan restoran yang dibuka pada siang hari untuk orang Islam yang tidak berpuasa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana