Najib Usah Layan Kerenah Pembangkang...Makin Dilayan Pembangkang Makin Besar Kepala...

Pembangkang sentiasa mencari isu untuk cari pasal. Selama ini Datuk Seri Najib sentiasa berusaha untuk menjadi Perdana Menteri yang terbaik dengan mendengar semua cadangan dari semua pihak . Namun sudah sampai masanya Perdana Menteri kita sedar bahawa pembangkang sentiasa mencari isu untuk memperbodohkan kerajaan.

Kerajaan tidak perlu mendengar dan melayan sebarang desakan daripada pembangkang. Itu perkara utama yang Datuk Seri Najib harus ingat. Hakikatnya pembangkang tidak pernah ikhlas untuk membawa pembaharuan yang memberi kebaikan. Mereka hanya mereka-reka sesuatu isu untuk merampas kerajaan. Penggunaan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) telah dicadangkan oleh pembangkang. Setelah kerajaan penuhi permintaan dakwat kekal, mereka guna isu dakwat kekal pula untuk menghentam kerajaan.

PRU13 yang lepas telah membuktikan kekuatan Barisan Nasional. Dengan asakan yang cukup kuat dan tersusun dari pembangkang Barisan Nasional telah menyerlah sebagai parti yang tetap diyakini dan diberi kepercayaan oleh rakyat. Sekiranya kerajaan tidak mengendahkan sebarang tuntutan pembangkang dan bangsa Cina , maka Barisan Nasional dan UMNO akan menjadi parti yang lebih kuat dan berpengaruh. Bangsa Melayu akan lebih mempercayai UMNO sebagai parti pembela bangsa Melayu dan agama Islam. Manakala bangsa Cina akan lebih menghormati UMNO sebagai parti yang kuat dan berwibawa.
Walaupun usaha berterusan perlu dilakukan untuk memperkukuhkan integrasi serta perpaduan rakyat negara ini yang berbilang bangsa dan agama namun tunduk kepada tuntutan bangsa Cina merupakan satu kesilapan yang amat besar. Bangsa Cina perlu dilayan dengan cara yang amat berbeza sekiranya Barisan Nasional mahu mereka menghormati kerajaan.

Setiap rakyat Malaysia wajib memperkasakan penggunaan Bahasa Kebangsaan dan setiap pelajar tanpa mengira bangsa perlu mendapat pendidikan di sistem sekolah yang sama. Sekolah vernacular wajib dihapuskan. Semua bangsa wajib bertutur dalam bahasa Malaysia. Ianya bukan pilihan kepada bangsa Cina yang memang biadap dan kurang ajar. Dasar syarikat wajib digubal dengan syarat pihak pengurusan tertinggi, pengurus dan “executive” perlu sekurang-kurangnya separuh dijawat oleh bangsa Melayu.

Walaupun zaman telah banyak berubah namun sesetengah perkara harus terus dipertahankan demi menjaga kesinambungan bangsa Melayu dan agama Islam. Kontrak sosial pra kemerdekaan wajib diketahui oleh semua rakyat bagi mengelakkan sikap angkuh dan sombong bangsa lain yang telah lupa diri akan asal usul mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana