Mukhriz cari alternatif selamatkan Kuin

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah akan mengambil pendekatan terbaik untuk menyelamatkan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang menghadapi kemelut kewangan daripada dijual, kata Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Katanya pendekatan itu bukan sekadar menyelamatkan Kuin malah bagi memastikan kebajikan semua warga Kuin mendapat pembelaan sewajarnya.

"Kerajaan negeri sedang melihat pilihan-pilihan yang ada supaya Kuin dapat diselamatkan, infrastruktur dan secara fizikal keseluruhannya," kata Mukhriz kepada pemberita selepas merasmikan program Bubur Lambuk anjuran Telekom Malaysia (TM) di sini, semalam.

Menurutnya apa-apa pun pendekatannya, ia tetap mengutamakan kepentingan mahasiswa iaitu mereka dapat mengikuti pengajian dengan sempurna.

"Kita akan pastikan kepentingan mahasiswa terbela dan ijazah yang diterima laku di pasaran," kata Mukhriz yang menambah ramai mahasiswa dan staf Kolej Universiti itu mengadu menghadapi masalah tempat tinggal.

Beliau berkata walaupun kerajaan membelanjakan RM330 juta bagi membina Kuin masalah kemudahan seperti rumah dan masjid masih gagal dibangunkan.

Katanya masalah itu memberi kesan secara langsung ke atas mahasiswa selain Kuin sendiri gagal berfungsi dengan sempurna sebagai universiti milik kerajaan negeri.

Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata sejak Kedah mewartakan fatwa anti-Syiah pada 18 Julai lepas, kerajaan negeri menerima tindak-balas cukup baik daripada rakyat Kedah termasuk ahli-ahli pondok-pondok agama yang bersetuju dengan tindakan itu.

Mereka juga berpendapat tindakan itu tepat bagi membanteras penularan fahaman Syiah yang memberi kesan negatif termasuk memecahbelahkan perpaduan umat Islam, katanya.

Katanya kerajaan negeri akan terus memberi penerangan agar rakyat tidak terkeliru perbezaan fahaman Syiah dan Ahli Sunnah Waljamaah.

Mukhriz berkata fatwa anti-Syiah sebenarnya telah diwartakan di Dewan Undangan Negeri Kedah pada 1998 selepas dua tahun ia diwartakan di peringkat kebangsaan tetapi tiada tindakan jelas dikenakan kepada orang yang menyebarkannya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana