MP DAP Dakwa DAP Tidak Pernah Tolak Islam Dan Melayu...

Persidangan Dewan Rakyat hari ini gamat seketika dengan gelak ketawa apabila Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, meminta agar semua ahli-ahli parlimen duduk dan berhenti seketika dari bertikam lidah serta menarik nafas panjang.

“Berhenti dulu Yang Berhormat, semua di minta dulu. Saya minta semua ahli-ahli yang berhormat agar menarik nafas panjang dulu” pintanya bagi meredakan suasana.Ia ekoran dari kekecohan yang berlaku apabila ahli parlimen DAP, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz membangkitkan isu Melayu yang mendapat bantahan dari ahli-ahli parlimen dari Barisan Nasional.Ariff ketika seisi perbahasan menjunjung kasih titah ucapan Seri Paduka Baginda, Yang di Pertuan Agong menafikan kononnya DAP sebagai sebuah parti yang ‘ultra kiasu’ dan rasis. Ketika mengambil bahagian dalam perbahasaan itu, dia mendakwa DAP tidak pernah menentang Melayu dan Islam seperti yang di katakan sebelum ini.

“Siapa kata DAP rasis? Sebagai contoh walaupun sebagai ahli DAP saya turut menggunakan ayat-ayat suci al-quran, malah (kepimpinan) DAP tidak pernah mempertikaikan agama saya” katanya.
Keliru dengan kenyataan yang diberikan, ahli parlimen Putatan, Datuk Dr Makin @ Marcus Mojigoh dan ahli parlimen Lenggong, Dato Shamsul Anuar Haji Nasarah bangun untuk meminta penjelasan. Namun permintaan tersebut tidak di layan oleh Ariff dengan alasan dia tidak mempunyai masa yang cukup.
Ketika menyambut perbahasan, suasana kembali tegang apabila Arif mempertikai Umno yang dikatakan bukan sebuah parti yang memperjuangkan Melayu. Pelbagai dakwaan turut dilemparkan seolah-olah sengaja untuk memanaskan keadaan.

Tidak berpuas hati dengan kenyataan itu, Shamsul sekali lagi bangun untuk meminta laluan bagi mendapatkan penjelasan. Namun permintaan itu sekali lagi tidak dilayan.Disebabkan itu, Shamsul berang dan mempertikaikan kenyataan Arif itu sambil menegaskan, sekiranya benar Arif seorang yang profesional dan berintegriti, dia seharusnya berani untuk berdepan dan menjawab semua persoalan yang dibangkitkan.
“Raub berani tuduh macam-macam, tapi apabila ada yang bangkit minta laluan, takut. Biar saya jawab atau berikan penjelasan dulu” katanya.

Persoalannya benarkah DAP bukan sebuah parti yang rasis dan ‘ultra kiasu’? Apakah hanya kerana parti itu tidak mempertikai penggunaan ayat-ayat ketika berbahas sudah cukup menjadikan parti itu sebagai pembela Islam dan Melayu?

Renung-renungkan

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana