MB S'gor tak setuju DAP arah exco isytihar semua harta

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak bersetuju dengan cadangan Setiausaha Agung DAP supaya semua ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor  mengisytiharkan kepada awam transaksi semua aset mereka termasuk yang diperolehi sebelum dan selepas menjawat jawatan itu.

Bagaimanapun katanya, kerajaan Selangor tidak akan menyekat mana-mana ahli exco yang mahu mendedahkan kepada awam keseluruhan harta yang diperolehi sebelum dan selepas menjawat jawatan mereka walaupun tindakan itu mungkin itidak sesuai.

Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini petang semalam, Khalid berkata bahawa maklumat mengenai aset ahli exco akan dikemaskini dari masa ke masa sekiranya terdapat urusniaga baru melibatkan pembelian atau penjualan harta.

"Amalan ini memadai bagi memastikan tiada exco menyalahgunakan kuasa sehingga menimbulkan percanggahan kepentingan dalam mana-mana transaksi pembelian atau penjualan harta itu," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Lim Guan Eng, semalam yang mengarahkan semua tiga exco DAP dan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor daripada parti itu mengisytiharkan harta mereka.

Ini termasuk yang diperolehi sebelum menjadi exco sebagai memenuhi komitmennya terhadap ketelusan, akauntabiliti dan integriti.

Tiga exco DAP itu adalah Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Datuk Teng Chang Khim; Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Pembangunan Kampung Baru dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah; Exco Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, V.Ganabathirau dan Speaker Dewan Undangan Negeri Hannah Yeoh.

Lim berkata, pengisytiharan harta sebelum dilantik sebagai exco adalah penting demi menunjukkan bahawa tidak wujud pertembungan kepentingan atau salah guna kuasa apabila keputusan dibuat mereka atau Ketua Menteri dengan mengambil contoh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Bagaimanapun, Khalid berkata dalam kenyataan yang sama bahawa kerajaan Selangor tidak menafikan kepentingan pengisytiharan harta bagi mengelak salah guna kuasa cuma ia berbeza pendapat dengan DAP yang menerajui Pulau Pinang tentang keperluan menghebahkan pengisytiharan harta para ahli exco kepada awam.

Khalid sebelum ini berkata pengisytiharan aset oleh ahli exco tidak meliputi harta yang diperoleh sebelum dilantik ke jawatan sekarang atas sebab keselamatan.

Para anggota exco Selangor mengangkat sumpah di hadapan Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang pada 30 Mei lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana