MB Selangor: Projek Datum Jelatek tetap diteruskan

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan tetap meneruskan projek Datum Jelatek walaupun mendapat bantahan daripada bekas penduduk di tapak asal projek itu.
 
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata walaupun projek itu kini hangat diperkatakan, proses tender telah dijalankan.
 
Beliau menjawab soalan Mat Shuhaimi Shafiei (PKR-Sri Muda) pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini, mengenai status terkini projek itu dan adakah benar projek itu membuka ruang yang terlalu besar kepada pembeli rakyat asing.
 
Abdul Khalid berkata beliau telah mengarahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menetapkan 50 peratus daripada 337 unit kediaman di projek Datum Jelatek itu ditawar kepada pembeli Bumiputera.
 
Projek Datum Jelatek di atas tapak seluas 2.4 hektar di sebelah Stesen LRT Jelatek melibatkan pembangunan empat blok bangunan kondominium mewah, hotel, pejabat dan pusat membeli-belah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana