MASA DEPAN MASYARAKAT CINA GELAP ANGKARA DAP....

Pada pendapat peribadi saya, DAP bukanlah pejuang Cina seperti yg dipercayai umun. Bagi saya, DAP sebenarnya pengkhianat cina yang
sebenar. Mereka menipu dan memperdaya masyarakat Cina seolah-
olah mereka boleh menang. Keadaan itu menyebabkan sebahagian besar
masyarakat cina memperjudikan masa depan mereka untuk mengundi
DAP secara beramai-ramai sehingga pertama kalinya dalam sejarah
MALAYSIA, masyarakat cina hilang pengaruh dalam kerajaan. dalam
sejarah politik MALAYSIA masyarakat cina merupakan suara kedua terbesar dalam kerajaan selepas kaum melayu. permainan zalim dan
licik RED BEAN ARMY akhirnya menyebabkan pertama kalinya
komposisi cina dalam kerajaan adalah paling kurang sekali dalam sejarah
negara selepas wakil daripada sabah dan sarawak dan juga kaum india.
mungkin ada dalam kalangan masyarakat cina yang menyesal
terperangkap dengan politik kotor Anwar, DAP, Pembangkang dan RED
BEAN ARMY. Lanjutan itu pada perhimpunan 505 yang terbaharu
kurang daripada 10 peratus masyarakat cina menyertainya.

Diharapkan 80 peratus Melayu yg menyertai perhimpunan tersebut juga
seharusnya membuka mata dan kembali ke pangkal jalan. Pemimpin yang
baik dan sayangkan anda tidak akan sesekali menyuruh kalian untuk
berani mati di jalanan hanya demi membantu mereka mencapai hasrat
politik mereka. Jika pada PRU 12 lebih darpada 80 peratus masyarakat
menghukum BN dan kurang daripada lima tahun kini 60 peratus kembali
menyokong BN maka baik orang melayu, cina dan pelbagai lagi suku
kaum rakyat malaysia yang lain tidak seharusnya terperangkap dengan
propaganda dan persepsi palsu yang dicipta oleh pembakang.

Demi perpaduan dan semangat kepelbagaian kaum yg sebenar, maka BN
masih lagi harus menjadi pilihan. Ia berdasarkan kepada fakta dan
statistik bagaimana golongan minoriti lain menpunyai wakil dalam BN berbanding pembangkang yang akan melesapkan suara-suara tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana