Mansuh Akta Hasutan... komen pedas Dr Mahathir...

Bagi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahatahir Mohamad, peningkatan kes jenayah di negara ini, berlaku kerana pihak berkuasa tidak dapat melakukan pencegahan.

Ini berikutan undang-undang untuk mencegah jenayah seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Ordinan Darurat (EO) telah dimansuhkan berikutan tuntutan pembangkang.

“Akibat kurangnya tindakan pencegahan, menyebabkan kadar jenayah semakin meningkat. Saya lihat ada kaitan antara jumlah jenayah sekarang dengan kurangnya tindakan pencegahan.

“Ini disebabkan mencegah adalah lebih baik dari menunggu dari jenayah itu berlaku,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas desakan sesetengah pihak yang mahu kerajaan memansuhkan Akta Hasutan 1948.

Mengulas mengenai akta menjurus kepada pencegahan jenayah, Dr Mahathir memberi contoh pemansuhan ISA adalah satu kerugian kerana akta itu diwujudkan atas sebab tertentu, terutama dalam aspek mencegah jenayah.

“Kita wujudkan ISA kerana ada sebab...kalau kita nak tunggu jenayah itu berlaku dan hukum orang yang melakukan jenayah, yang tidak bernasib baik adalah orang yang menjadi mangsa jenayah.

“ISA adalah undang-undang yang dibuat untuk mencegah.. ia bukanlah undang-undang yang tidak baik. Tetapi ia (ISA) menjadi tidak baik jika disalahguna,” katanya  pada sidang media di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL), Ahad.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan Akta Hasutan 1948 harus dikekalkan.

Beliau berkata, jika dihapuskan, empat perkara utama termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Raja-raja Melayu, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu akan disentuh sesetengah pihak.

"Jika Akta Hasutan dihapuskan keseluruhannya, mereka berhak menyentuh empat perkara ini sedangkan telah termaktub dalam perlembagaan. Saya tidak akan berkompromi jika ada pihak yang menyentuh empat perkara ini," katanya.

Menurutnya, mana-mana pihak yang menyentuh empat perkara itu harus dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan 1948 yang sedia ada.

"Kabinet mahu melihat beberapa aspek sahaja (dan) tidak buat keputusan untuk menghapuskannya ... tapi meminda," kata beliau.

Semalam Ahmad Zahid menyelar sikap sesetengah pihak yang mendesak supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan tanpa memikirkan impak negatifnya.

Beliau menarik perhatian bahawa atas desakan pihak tertentu sebelum ini, kerajaan telah memansuhkan Ordinan Darurat 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Mengenai pembentangan draf baharu Ordinan Darurat 1969, Ahmad Zahid berkata, ia dijangka siap selepas dibawa ke mesyuarat September ini dan pada masa sama ingin membetulkan kenyataan yang memaklumkan Jabatan Peguam Negara telah menerima draf itu.

"Sebenarnya kita akan mengemukakan kepada AG Chambers, bahagian draf supaya akta itu dibawa ke Kabinet dan selepas itu baru dibawa untuk perbincangan pertama.

"Sekarang ini masih dalam peringkat perbincangan," kata Ahmad Zahid.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana