Lelaki Maut Digilis Treler

IPOH: Seorang pembantu kedai maut selepas motosikal ditungganginya digilis sebuah treler dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Kuala Kangsar malam kelmarin.

Mangsa, Tan Hak Liang, 40, dari Kampung Tawas dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah selepas tamat waktu kerja pada kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.30 malam itu.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superitendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata mangsa yang menunggang motosikal bersendirian mati serta merta di tempat kejadian.

Menurutnya, kejadian berlaku sewaktu pemandu treler memandu kenderaannya keluar dari kawasan perindustrian IGB Tasek untuk pulang ke rumahnya di Simpang Pulai.

“Ketika treler tersebut baru bergerak di lorong kiri jalan, tiba-tiba muncul motosikal yang ditunggang mangsa dari arah belakang telah bergesel dengan tayar sebelah kiri kenderaan tersebut.

“Akibatnya, mangsa gagal mengawal motosikalnya lalu terjatuh dan digilis dengan kenderaan tersebut ketika ia bergerak ke lorong kanan jalan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, keadaan jalan sehala dua lorong itu lurus serta bersimpang tiga lampu isyarat dan cuaca ketika kejadian baik serta aliran trafik tidak sibuk.

Tambahnya, motosikal yang ditunggangi mangsa turut mengalami kerosakan teruk akibat kemalangan itu.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala serta beberapa bahagian badan yang lain dan mayatnya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu kenderaan secara melulu hingga menyebabkan kematian,” katanya.

Wan Sharuddin berkata, pemandu treler yang berusia 45 tahun yang tidak mengalami sebarang kecederaan sudah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

-SINAR HARIAN

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana