Lantikan Husam Pengarah Pilihanraya PAS Kuala Besut jadi isu...

Kenapa Datuk Husam Musa dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, apakah tidak ada pemimpin PAS Terengganu lebih layak berbanding Husam yang berasal dari Kelantan?

Sok sek kalangan pemimpin dan ahli-ahli PAS Terengganu yang kecewa dengan pelantikan Husam bukan rahsia lagi malah sudah ada kebimbangan kemungkinan jentera parti itu khususnya dari Terengganu akan memboikot kempen PRK Kuala Besut.

Mereka berpendapat sepatutnya pemimpin Terengganu lebih wajar menggalas tugas itu bukannya Husam yang tewas di kerusi Parlimen Putrajaya pada PRU 13 dan tidak tersenarai dalam bari Exco kerajaan Kelantan yang baru selepas pilihanraya umum lalu.

Sebenarnya, sebahagian besar kepimpinan PAS Terengganu sebelum ini  khabarnya  bersetuju melantik ADUN Paka, Satiful Bahri Mamat sebagai pengarah PRK Kuala Besut.

Nama lain dicadangkan termasuk Pesuruhjaya PAS negeri itu Abdul Wahid Endut.

Bagaimanapun, apabila nama Husam diumum kepimpinan PAS Pusat sebagai pengarah PRK Kuala Besut ramai yang kecewa kerana pelantikan itu membelakangi keputusan yang dipersetujui oleh kepimpinan PAS Terengganu.

Alasan perlantikan Husam dipercayai berdasar kedudukannya sebagai pemimpin kanan PAS dari Kelantan yang bersempadan dengan DUN Kuala Besut juga sukar diterima pemimpin dan ahli-ahli PAS Terengganu.

Bertambah pelik apabila Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli juga dilantik sebagai timbalan pengarah PRK itu bersama-sama dengan Satiful.

Selain itu, PAS juga melantik tiga penasihat kepada jawatankuasa PRK termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya Haji Mohamad Sabu dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Sumber lain dalam PAS mula menyatakan pelantikan Husam kerana calon parti itu Endut @ Azlan Yusof rapat Husam dan turut membantu bekas Exco Kelantan itu ketika bertanding di Putrajaya.

Ada juga yang membayangkan pelantikan Husam tidak lebih mahu menjadikan beliau ‘kambing hitam’ sekiranya PAS gagal memenangi kerusi DUN Kuala Besut.

Ini kerana Husam dilihat tidak relevan lagi dalam perjuangan PAS kerana beliau antara ahli kumpulan Anwarinas yang lebih memihak kepada pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apa lagi sudah timbul ura-ura kononnya Husam bakal mencabar Hadi bagi jawatan Presiden pada pemilihan dalam Muktamar PAS hujung tahun ini.

Justru itu, pelantikan Husam seolah-olah menunjukkan kepadanya ‘pintu keluar’ apatah lagi beliau dilihat bermasalah dengan Istana Kelantan.  

Jika benar semua apa sedang diperkatakan dikalangan pemimpin PAS mengenai Husam, ini merupakan petanda baik buat jentera Barisan Nasional (BN) kerana sudah pasti jentera
PAS akan berdepan dengan masalah ekoran konflik perlantikan pengarah pilihan raya.

Ini mencerahkan kerusi DUN Kuala Besut yang akan ditandingi Tengku Zaihan Che Ku Rahman   dijangka terus kekal milik BN walaupun PAS berpeluang encabar kedudukan BN sebagai pemerintah di Terengganu jika keputusan jumlah kerusi seri 16 -16.

Pada PRU-13, penyandangnya Allahyarham Dr. A. Rahman Mokhtar mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut denga mengalahkan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi
Tengku Zaihan akan berhadapanEndutt @ Azlan  atau lebih dikenali dengan panggilan 'Che Long'.

Dengan rasa tidak puashati jentera PRK DUN Kuala Besut, pemimpin dan ahli-ahli PAS Terengganu terhadap Husam ditambah kerja kuat jentera BN, peluang BN kekal dan menambah majoriti undi tidak mustahil pada pengundiaan pada 24 Julai nanti.

Tempoh berkempen 12 hari itu bermula Jumaat sebaik sahaja proses penamaan calon bagi kerusi berkenaan selesai.

Jentera perang BN akan diketuai Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin manakala Pengarah PRK adalah Datuk Seri Idris Jusoh.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana