Lagi..lagi..SPR yang kena!Inilah Cara Puak PR kambing Hitam SPR

Rasa tidak puashati pembangkang terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih tidak berpenghujung walaupun semua wakil rakyat DAP, PAS dan PKR sudah angkat sumpah sama ada di negeri mahupun di Parlimen.

Ada portal pro pembangkang pun main hentam saja atau spin cerita berkaitan SPR seperti Isnin melaporkan peruntukan RM200 juta telah diluluskan sebagai bayaran bonus kepada semua petugas SPR.

Portal berkenaan memetik jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim kononnya RM200 juta diperuntukkan sebagai bonus kepada petugas SPR.

Laporan tidak benar itu menyebabkan Shahidan ‘angin’ dan dalam sidang media petang Isnin bagi menjelaskan perkara itu, beliau berdoa supaya pihak yang melaporkan berita itu mendapat balasan kerana menulis perkara tidak benar.

Sebaliknya, beliau berkata wang tersebut adalah elaun kepada petugas-petugas SPR pada PRU-13, 5 Mei lalu.

"RM200 juta adalah elaun kepada 240,000 petugas dan pekerja SPR.

Laporan awal yang mengatakan ia bonus adalah tidak benar...ia hanyalah elaun.

"Dalam jawapan bertulis itu tiada perkataan bonus, saya hanya tulis bayaran perkhidmatan dan saguhati. Itu saja," kata Shahidan.

Shahidan menerusi jawapan bertulisnya yang diedarkan di Dewan Rakyat memaklumkan Kementerian Kewangan telah meluluskan kos perbelanjaan PRU-13 sebanyak RM400 juta.

Pembangkang terus mempersoalkan perbelanjaan PRU13 yang meningkat dalam tempoh lima tahun kepada RM400 juta.

Menurut Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook,kerajaan seharusnya memberikan jawapan yang terperinci manakala Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula perlu mempunyai kesedaran wang yang dibelanjakan adalah hasil cukai yang dipungut daripada rakyat.

"Perbelanjaan sebanyak RM 400 juta ini perlu dipersoalkan sedalam-dalamnya kerana ini melibatkan pertambahan seratus peratus daripada peruntukan PRU-12 pada tahun 2008.

Menurut Shahidan kos perbelanjaan PRU13 yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan adalah sebanyak RM400 juta.

Antara pecahan perbelanjaan utama seperti elaun lebih masa sebanyak RM5.018 juta, sewaan pengangkutan, borang semak daftar pemilih,peralatan ICT, sewaan talian, telefon dan faks dan lain-lain sebanyak RM98.465 juta.

Manakala bayaran perkhidmatan dan saguhati kepada semua petugas PRU adalah RM204.1 juta serta perbelanjaan lain sebanyak RM93.354 juta.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana