Kuala Besut : Debar menanti keputusan 17,683 pengundi

Kempen pilihanraya kecil Kuala Besut berakhir tengah malam Selasa.Kini semua orang menunggu dengan penuh debar 17,683 pengundi buat penentuan pada hari Rabu.

Berbeza dengan Barisan Nasional bagi PAS, perjalanan parti itu sebenarnya, awal-awal lagi sudah dilambung ombak.

Bermula perlantikan Datuk Husan Musa sebagai Pengarah PRK yang dikecam pemimpin dan ahli PAS Terengganu hinggalah kesilapan calon mereka Azlan Yusof  mengeluarkan kenyataan mahu serah tugas wakil rakyat pada orang lain jika menang menyebabkan rentak kempen parti itu terganggu.
kb-undikuzai2xx
Arahan PAS supaya Azlan atau Che Long ‘tutup mulut’ kepada media ekoran kenyataannya itu sejak awal berkempen semakin memburukkan keadaan.

Tewas dengan 2,434 undi pada PRU 13, pastinya sudah beban kepada PAS apabila mempertaruhkan Che Long seorang kontraktor yang didakwa kroni Husam bagi berdepan calon muda BN, Ir Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman.

Ketepikan dulu isu-isu kempen PAS dan BN kerana soal Che Long banyak yang menarik untuk diperkatakan.

Soalannya, bolehkah Che Long ‘tolong’ orang Kuala Besut jika dipilih dalam PRK pertama selepas PRU 13?

PAS menguar-uarkan Che Long sebagai ‘Ore Kampong’, ‘Mudah Berbaso’, ‘Seney Kiro’ dan macam-macam istilah bagi memikat pengundi-pengundi.
Namun, perwatakan beliau dimata media tidak dapat mengambarkan Che Long boleh memberi manfaat kepada pengundi-pengundi Kuala Besut.

PAS boleh gambarkan beliau seorang berbudi bahasa, pemurah dan sebagainya tetapi jika sepanjang kempen PRK Che Long sentiasa mengelak bertembung media, kewibawaan beliau terus dipertikai.

Padahal, berdepan media dan menjawab soalan-soalan berkaitan kempen amat penting kepada mana-mana calon dalam pilihanraya namun PAS meletakkan Che Long dalam terowong gelap yang menyebabkan petugas media  ‘tidak melihat’ kewujudan.

Bukan rahsia lagi kepada media kecuali organ rasmi PAS Harakah, Che Long sudah tidak dipedulikan atau diburu untuk sumber berita.

Jika berpeluang mengajukan soalan padanya, pasti ‘Tak apolah’ jawaban wajib Che Long dan yang ditugaskan PAS menjawab bagi pihaknya adalah wakil calon beliau.

Lama kelamaan petugas media sudah tidak hairan lagi dengan sikap calon PAS tersebut dan menyedari poster ‘ABC’ bahan kempen BN bermaksud ‘Asal Bukan Che Long’ tepat sekali.

Dalam soal kempen pula, PAS ketandusan modal dan pilihanraya dalam bulan puasa sedikit sebanyak menyelamatkan parti pembangkang tersebut kerana tidak perlu banyak berkempen.

Sasaran PAS lebih kepada Kempen 16:16 yakni mahu pengundi-pengundi Kuala Besut memilih mereka supaya ujud keadaan kerajaan tergantung apabila bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) antara BN dan PAS seri.   

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana