Kuala Besut Aunty Bersih Bantu Calon PAS Demi Jihad Kristian....

Annie Ooi Siew Lan merupakan seorang bekas guru Bahasa Inggeris. Wanita yang berusia 65 tahun ini kelihatan seperti orang yang kurang siuman. Beliau mula mendapat perhatian apabila terlibat secara langsung dalam himpunan haram bersih 9 Julai. Sejak itu beliau lebih dikenali sebagai “Aunty Bersih”.

Kehadiran beliau dalam scenario politik Negara seolah-olah telah dirancang oleh DAP sebagaimana dengan kemunculan Alvin Vivian dan Namawee. Mereka mungkin telah diberi peranan tertentu dalam menjayakan agenda pembangkang.

“Now you tell me, ‘Don’t assemble.’ I’m going to assemble. If they say don’t gather, I’ll gather,” merupakan pegangan wanita yang telah diupah untuk memainkan peranan dalam memburukkan kerajaan Barisan Nasional.Baru-baru ini Aunty Bersih ini kelihatan sedang berkempen untuk PAS di Pilihanraya Kecil Kuala Besut. Beliau dengan bangganya memakai rantai berloketkan salib sambil memegang gambar calon PAS Che Long. Ini merupakan satu tindakan yang cukup simbolik menunjukkan bahawa seolah-olah PAS boleh dikristiankan dengan mudah oleh DAP.

Kita harus sedar akan peranan PAS dalam isu murtad dan arak. Perkara ini telah diputarbelitkan dengan begitu dasyhat sekali sehingga membuatkan penyokong totok PAS lupa bahawa PAS merupakan orang yang telah memecat Datuk Hassan Ali dari jawatan dan parti kerana beliau cuba membenteras agenda memurtadkan umat Islam oleh Kristian DAP.

Sebagai balasan kerana PAS seolah-olah menyokong penuh usaha mengkristiankan umat Islam maka pihak Kristian DAP akan berjuang bersama PAS untuk memastikan mereka berkuasa. Ini kerana mereka tahu hanya PAS sahaja boleh merealisasikan cita-cita DAP untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Kristian.

Maka kami merayu kepada umat Islam di Kuala Besut agar berjihad dengan mengundi calon barisan Nasional kerana dengan cara ini sahaja maka kita dapat mempertahankan Islam sebagai agama rasmi Negara kita.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana