KJ Nafi Arah Batal Program Anak Muda Bersama Tun Mahathir

Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pemuda UMNO  Malaysia, YB Khairy Jamaluddin melalui kenyataan didalam Facebook beliau petang tadi menafikan sekeras-kerasnya tuduhan liar didalam media sosial yang mengatakan beliau mengarahkan pembatalan Program Bicara Wawasan Bersama Tun Dr Mahathir Anjuran International Youth Centre(IYC). Beliau difahamkan program itu hanya ditangguh kepada satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.

Berikut adalah kenyataan dari Facebook Yang Berhormat Khairy Jamaluddin-

“Ada rakan-rakan yang tanya saya tentang program anjuran International Youth Centre (IYC) yang dibawah pengelolaan KBS. Program yang dimaksudkan itu adalah Bicara Wawasan bersama YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ada cerita yang tersebar dalam FB bahawa saya telah mengarahkan program itu dibatalkan. Tuduhan itu tidak benar sama sekali.
Saya difahamkan program itu hanya ditangguh kepada satu tarikh yang akan ditentukan kemudian. Saya tidak terlibat langsung dalam keputusan penangguhan ini.
Saya minta kepada semua, janganlah buat andaian atau spekulasi tentang perkara ini. Saya tiada apa-apa niat untuk menghalang program-program yang memberi faedah kepada orang muda, terutamanya majlis ilmu yang disampaikan oleh seorang negarawan.
Saya masih menaruh harapan yang tinggi bahawa YABhg akan bersama dengan IYC untuk menyampaikan amanat beliau dalam masa yang terdekat.
Jangan melagakan orang sebab tidak ada kerja lain. Ini masa untuk kita kerja, bukan masa untuk bergaduh.
Ingat cakap orang lama (ini favourite MB NS): Bila antan sama antan berlaga, ayam tepi lesung juga yang kenyang.”

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana