Khairy mahu atlet terlibat kes rogol dikenakan tindakan tegas

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mencadangkan supaya ketiga-tiga atlet yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes rogol seorang pegawai pengiring atlet bola baling wanita dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2013 digantung dahulu semtara siasatan dijalankan.
Khairy berkata, meskipun kes ini telah dilaporkan kepada polis dan ia nya adalah di bawah siasatan polis sekarang ini, namun disebabkan atlet itu merupakan atlet daripada Wilayah Persekutuan yang berada di bawah tanggungjawab Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP), beliau merasakan tindakan awal perlu diambil terhadap atlet tersebut.

“Semua ketiga-tiga yang terlibat iaitu atlet daripada pasukan bola baling lelaki Wilayah Persekutuan telahpun ditangkap dan masih berada di dalam tahanan reman. Buat masa ini kita masih menunggu keputusan siasatan.

“Walau bagaimanapun, oleh kerana atlet ini merupakan atlet daripada Wilayah Persekutuan yang berada di bawah tanggungjawab MSWP, saya telah mengarahkan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong, untuk mengambil tindakan awal,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana