Kerajaan DAP Pulau Pinang Bacul Berdepan Perempuan?

Memang tidak pernah berlaku dalam sejarah apabila sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang tidak mempunyai sesi soal jawab secara lisan memandangkan ia adalah sesi yang sangat penting bagi setiap kali bersidang.

Namun kali ini, sidang DUN Pulau Pinang dilihat bagaikan membunuh suara demokrasi apabila Speaker Dewan memutuskan untuk tidak mengadakan sesi soal jawab lisan itu dengan alasan “kekangan masa”.

Sidang DUN sepatutnya menjadi medan bagi para ADUN di setiap negeri membahaskan dasar dan pencapaian setiap kerajaan negeri. Peliknya, sesi soal jawab itu sengaja “dighaibkan” oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang?

Sungguh memalukan!

Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid sempat menempelak tindakan Speaker Dewan, Law Choo Kiang yang tidak membenarkan sesi soal jawab diadakan. Dalam ucapannya, dia turut membangkitkan beberapa perkara kontroversi yang diamalkan oleh kerajaan Guan Eng.

Antaranya ialah tentang Akaun Perumahan Bumiputera, sistem penyampaian maklumat, projek mega dan pelancongan. Paling kritikal, beliau mendedahkan di dalam dewan bahawa harga rumah di Pulau Pinang melonjak sebanyak 137% di sepanjang pemerintahan DAP.

Mengejutkan lagi, unit kormesil milik Bumiputera pula hanya ditahap 2% sahaja. Itu pun kerana wujudnya MARA dan UDA. Katanya, kalau tidak ada MARA dan UDA, bumiputera langsung tidak punya premis perniagaan sendiri…

Namun kerana sesi soal jawab tiada, maka tidak ada sebarang pertanyaan yang sempat diajukan oleh ADUN-ADUN BN kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Dan mereka dijangka hanya akan memperoleh jawapan secara bertulis sahaja berdasarkan soalan-soalan yang dihantar pada dewan tersebut sebelum sidang bermula sebelum ini.

Kali ini DAP berdepan dengan seorang wanita yang menjadi Ketua Pembangkang di sidang DUN Pulau Pinang. Berdepan dengan wanita pun Guan Eng dan DAP takut? Awal-awal lagi sudah tutup mulut dan enggan jawab secara “gentlemen”?

Dengan wanita pun boleh kalah? Kononnya anak Karpal, Jagdeep ada di dalam sidang DUN. Dia pun “kecut” juga?

Saya tertanya-tanya, apakah yang cuba disembunyikan oleh Guan Eng dan ADUN-ADUN DAP Pulau Pinang? Kenapa mereka takut untuk menjawab soalan secara lisan dan berdepan dengan perdebatan hangat? Mereka ada lakukan apa-apa penyelewengan, kah?

Bagaimanapun, Guan Eng sempat “main wayang opera” apabila “berlakon”, kononnya dia hairan dengan sidang DUN di negeri pimpinannya itu tidak membenarkan sesi soal jawab berlangsung seperti biasa.

DAP selalu cakap soal demokrasi dan lantang memperjuangkan kebebasan bersuara. Tapi bila di dalam sidang DUN, mereka matikan demokrasi dan mereka “tutup mulut” ADUN-ADUN BN yang membawa suara rakyat?

Demokrasi jenis apakah ini? Demokrasi terpimpin dan terancang? Sekali lagi saya ulang, Kerajaan DAP mulakan sidang DUN penggal ini dengan sikap yang sungguh memalukan. Bacul!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana