kerajaan BN dikatakan sudah melakukan segala-galanya, termasuk memastikan semua kaum mendapat bantuan, tetapi keputusan PRU-13 tidak mencerminkan apa yang diharapkan?

DR. MAHATHIR: Sebenarnya apa yang diberi itu tidak memberi kesan. Bagi mereka yang dapat bantuan itu pun mereka tidak berterima kasih apatah lagi jika mereka penyokong parti pembangkang kerana bagi mereka itu adalah duit mereka.

Itu duit cukai dan bukan duit kerajaan atau parti BN. Dahulu kerajaan menyediakan persekitaran yang memudahkan masyarakat mencari kerja, menjalankan perniagaan serta pelaburan dan sebagainya maka orang ramai pun seronoklah.

Itu bukan duit kerajaan tetapi kami menyediakan ruang dan persekitaran yang sesuai dengan kehendak semua orang untuk mencari rezeki. Sekarang ini kalau kita lihat ramai juga graduan yang belum mendapat kerja. Mungkin orang fikir apabila mereka mendapat duit bantuan mereka akan berpuas hati padahal duit itu tidak mencukupi, berapa hari boleh bertahan pun.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana