Kemenangan BN Di Kuala Besut Hadiah Berharga Untuk PM...

APA lagi hadiah hari lahir yang paling berharga buat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang genap usianya 60 tahun semalam, melainkan dapat memastikan kemenangan BN dalam pilihanraya kecil DUN Kuala Besut yang tamat hari ini.

Lebih manis lagi, kemenangan ini bukan kemenangan yang biasa, tapi luar biasa.

Selain meningkatkan majoriti undi kepada 2,592 berbanding keputusan dalam PRU13 yang diperolehi Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar (2,434), calon BN kali ini, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman juga berjaya menang di semua peti undi dalam DUN Kuala Besut, termasuk 2 yang kalah dalam PRU13 yang lalu.

Apatah lagi dengan peratusan keluar mengundi kali ini sebanyak 80% yang jauh lebih rendah berbanding PRU13 (87%), pun calon BN dapat meningkatkan majoriti undinya, menunjukkan ada peralihan undi dari pihak PAS kepada BN.

Ternyata pemilihan calon yang tepat dan strategi yang mengena, menjadi punca kepada kemenangan bergaya BN kali ini. Tahniah kepada semua jentera BN dikepalai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalannya, Datuk Seri Idris Jusuh dan lain-lain yang bertungkus lumus sejak 12 Julai yang lepas untuk memastikan kemenangan BN.

Tak disebutkan lagi ujian berkempen dalam bulan puasa.

Sudah tentu kemenangan ini bukan bermaksud segala-galanya telah lengkap untuk BN. Kemenangan ini hanyalah satu petanda jelas bahawa orang Melayu masih kuat menyokong UMNO dan Barisan Nasional.

Tidak seperti yang ditohmahkan sesetengah pihak bahawa pengaruh BN semakin merosot, berkiblatkan kepada keputusan PRU13 yang lepas. Malah dikatakan juga bahawa populariti Perdana Menteri menjunam teruk kebelakangan ini, dengan antara lain disumbangkan oleh keputusan PRU yang disebutkan di atas.

Kejayaan gemilang di Kuala Besut ini ternyata mengubah segalanya.

Penulis harap Perdana Menteri tidak berhenti berusaha untuk memastikan lebih banyak kejayaan untuk BN di masa akan datang. Jentera BN diceruk mana pun dalam negara ini tidak boleh sesekali berasa selesa dan harus bekerja kuat untuk memastikan BN terusk kekal relevan sebagai parti pilihan majoriti rakyat Malaysia.

Pedulilah majoriti kecil ke besar, janji majoriti. Banding pembangkang yang takdak majoriti apa pun dan tidak dapat membentuk kerajaan di peringkat persekutuan.

Akhir kata, tahniah, tahniah, tahniah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana