Kejam Dan ZalimNya....SYABAS guna dana sendiri, Kerajaan Selangor hanya beri kelulusan

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor hanya berkuasa untuk memberi kelulusan terhadap kos perbelanjaan modal (Capex) dan bukannya memberi sebarang peruntukan kewangan kepadanya Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) bagi melaksanakan program perbelanjaan modal sejak bermulanya konsesi itu pada Januari 2005 sehingga sekarang.

Malah, Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfred berkata keseluruhan kos perbelanjaan modal (Capex) tersebut dibiayai sepenuhnya oleh SYABAS melalui dana dalamannya sendiri, pinjaman bank, pinjaman dan geran dari kerajaan persekutuan, tanpa sebarang sumbangan dari kerajaan negeri Selangor.

Justeru katanya, dakwaan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengatakan kerajaan negeri telah memperuntukkan RM784 juta kepada konsesi itu bagi mengurangkan kadar air tanpa hasil (NRW), adalah tidak benar sama sekali.

"Wakil kerajaan negeri ada dalam Lembaga SYABAS, ini yang mengelirukan kerana kalau lembaga tak luluskan (peruntukan), bagaimana kita dapat duit untuk buat (projek pengurangan NRW).

"Jadi wakil kerajaan negeri memang ada dalam lembaga, jadi bagaimana dia cakap macam dia tak tahu,"katanya kepada Antarapos.

Priscilla berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini yang berkata kerajaan negeri telah memperuntukkan RM784 juta kepada Syabas bagi mengurangkan kadar NRW.

Malah, menurut Priscilla keseluruhan kos telahpun digunakan untuk membiayai projek pengurangan NRW bagi tempoh 2005 hingga 2011.

SYABAS berjaya mengurangkan kadar NRW daripada 42.78 peratus semasa sistem pengagihan air diurus sepenuhnya oleh kerajaan negeri Selangor kepada 31.18 peratus pada September 2008 apabila SYABAS mengambil alih pengurusan mulai 1 Januari 2008.

Bagaimanapun, program kerja dan usaha SYABAS seterusnya bagi mengurangkan kadar NRW terbantut atas arahan kerajaan negeri Selangor yang membekukan kelulusan program Capex SYABAS sejak

"SPAN adalah regulator, jadi kalau misalnya kerajaan negeri nak bekukan Capex, mereka akan arahkan SPAN. SPAN yang akan membawa arahan mereka dan laksanakan,"katanya .

Sejak mulanya konsesi pada Januari 2005 hingga 30 April 2013, SYABAS membuat pelaburan lebih RM2.578 bilion bagi melaksanakan pelbagai program Capex untuk membaik pulih dan menaik taraf sistem agihan air di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan tujuan mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada pengguna.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana