Kebanjiran Rumah Urut Bukti Pas Selangor Gagal?

Isu mengenai kebanjiran rumah urut di Selangor tidak pernah padam sejak penggal lepas lagi walaupun Selangor diperintah oleh PR dari tahun 2008 hingga kini....Rumah-rumah urut yang dibangunkan secara haram dan tidak berlesen di negeri itu tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Apa yang pelik, tidak ada sebarang tindakan yang sewajarnya diambil oleh kerajaan negeri Selangor lebih-lebih lagi dari pihak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Walhal Khalid sendiri sedar tentang masalah morah yang semakin meruncing di negerinya itu.Semua orang tahu, rumah urut yang dibangunkan secara haram itu mampu mengundang ke arah maksiat apatah lagi membawa imej buruk kepada pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang.

Tetapi, pemimpin-pemimpin pakatan sendiri tidak sedar akan kebenaran tentang kepincangan mereka melakukan tugas sebagai pentadbir Selangor.Sudahlah rumah urut haram terlalu banyak di Selangor, usul dari Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Datuk Teng Chang Khim yang mencadangkan supaya zon jantina bagi rumah urut diwujudkan bagi membendung gejala maksiat di negeri itu bukanlah pengakhiran kepada penyelesaian masalah moral tersebut.Dari persepsi DAP, rumah urut bukanlah ancaman bagi mereka kerana itu adalah tujuan utama mereka mahu melihat rakyat menyalahkan PKR atau PAS. Seperti biasa, PKR hanya membisukan mulut dan tidak memberikan sebarang maklum balas berhubung menangani kebanjiran rumah urut.Jadi, yang mengambil alih untuk membendung maksiat itu adalah dari parti PAS. Cuma, tanggungjawab untuk bersama-sama dan sepakat tidak wujud di kalangan pemimpin PAS untuk berindak tegas menagani percambahan rumah-rumah urut yang dibangunkan di Selangor.

Buktinya, dari satu sudut, PAS Selangor beria-ia mahukan Khalid membanteras dan menutup semua rumah urut secara proaktif. Mahukan program pemutihan secara langsung diadakan.Tetapi, berbeza bagi Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Rani Othman masih menaruh harapan bahawa cadangan dari Teng itu boleh direalisasikan.Tiada kata putus dari kerajaan negeri Selangor berhubung cadangan untuk mewujudkan zon jantina bagi rumah urut bagi membendung gejala maksiat di negeri itu juga tidak dibuat hingga kini.Jadi, bagi Rani, tidak ada salahnya rumah urut dikekalkan di Selangor walaupun zon jantina yang berbeza diperkenalkan.Di sini jelas menunjukkan, parti PAS tidak selari untuk membanteras maksiat yang ada di Selangor. Dengan cara yang satu pihak mahu rumah urut dihapuskan dan satu pihak lagi setuju cadangan rumah urut zon jantina diperkenalkan, PAS seperti tidak berfungsi di negeri Selangor.Nampak gayanya, maksiat yang selama ini PAS mahu tangani di Selangor akan terus berleluasa. Tidak ada gunanya juga PR tadbir di Selangor untuk sepenggal lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana