Karpal tak senang apa sahaja berkaitan Islam - Nasha

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Karpal Singh didakwa tidak senang dengan apa sahaja perkara berkaitan Islam termasuk peruntukan yang sedia termaktub sama ada dalam Perlembagaan Persekutuan, akta atau enakmen.

Sehubungan itu, bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menggesa semua pemimpin serta ahli parti itu mempertahan tindakan Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menegur Karpal berhubung isu pertukaran agama bagi kanak-kanak bawah 18 tahun.

Menurut beliau, Takiyuddin dalam isu berkenaan memberi pandangan sebagai seorang peguam serta sebagai salah seorang pemimpin dalam pakatan pembangkang.

"Dalam hal yang berkaitan dengan Perlembagaan, perkara itu sudah cukup jelas. Kedudukan Islam dalam Perlembagaan adalah sesuatu yang telah disepakati pakatan pembangkang dan sekiranya sikap anti terhadap kedudukan itu berterusan ditunjukkan Karpal, maka tindakan sepatutnya perlu diambil terhadap beliau," katanya yang dipetik akhbar Utusan Malaysia di sini.

Beliau mengulas kenyataan Takiyuddin semalam, yang meminta Karpal tidak memberi kata dua terhadap rakan parti dalam pakatan pembangkang, PAS dan PKR supaya menyokong hasratnya meminda Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan berhubung status agama kanak-kanak di bawah usia 18 tahun.

Takiyuddin menyifatkan tindakan Karpal itu sebagai bertentangan dengan konsep perkongsian antara ketiga-tiga parti tersebut dalam pakatan pembangkang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, sebagai peguam 'senior', Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sewajarnya menghormati peruntukan Perlembagaan yang telah lama dipertahan.

Sementara itu, aktivis PAS, Mohd Riza Kamaruddin berkata, parti itu wajib menunjukkan pendirian tegas dan tidak berkompromi dalam isu berkenaan memandangkan perkara tersebut berkait kepentingan akidah Islam.

"Takiyuddin telah membuat pendirian yang cukup tegas dan mesti mendapat sokongan padu serta sokongan tidak berbelah bahagi semua pihak dalam PAS sama ada pemimpin mahupun ahli akar umbi," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana