KANAK-KANAK 3 TAHUN MAUT SELEPAS DITINGGALKAN LEBIH LIMA JAM DALAM KERETA...BERHATI HATILAH ANAK BERADA DALAM KERETA

Petaling Jaya, 19 Julai - Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun mati akibat lemas setelah ditinggalkan tanpa sengaja oleh ibunya selama lebih lima jam dalam kereta di tempat letak kereta sebuah sekolah di Subang Jaya, di sini semalam.

Nawal Iris Samsudin, yang tertidur di kerusi belakang kereta, ditemui oleh ibunya Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata kanak-kanak itu ditinggalkan di dalam kereta dengan kesemua tingkap ditutup dan enjin dimatikan sejak pukul 11 pagi sebelum ibunya kembali ke kereta itu pada pukul 5.30 petang.

Ibu kanak-kanak itu yang merupakan seorang guru terlupa mengenai anak bongsunya yang sepatutnya dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak sebelum dia ke sekolah, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sebelum ke sekolah, wanita itu menghantar adiknya ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

"Setelah habis tugasan si ibu pergi ke kereta pada 5.30 petang dan terkejut melihat muka Nawal Iris kebiruan, bibirnya pucat serta ada kesan muntah dan najis kanak-kanak itu di dalam kereta berkenaan," katanya.

Yahaya berkata menyedari keadaan anaknya yang tidak bergerak, wanita berkenaan segera membawa anaknya ke klinik swasta berdekatan di USJ4, Subang Jaya, di sini dan doktor mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia.

Beliau berkata laporan bedah siasat oleh Hospital Serdang yang diperoleh tengah hari ini mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia kerana 'heat stroke'.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Hospital Serdang mendapati suasana pilu menyelubungi bilik mayat apabila lebih 30 ahli keluarga kanak-kanak itu hadir menunggu proses bedah siasat selesai.

Ibu kanak-kanak itu yang menangis teresak-esak serta ahli keluarganya enggan ditemu bual wartawan. Polis mengesahkan jenazah kanak-kanak itu dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya, di sini, hari ini. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana