‘Kami dah tak tahan’


Kegiatan yang bermula sejak awal tahun lalu itu semakin berleluasa apabila ia mula dijaga sekumpulan individu dipercayai samseng yang mengenakan bayaran RM50 kepada setiap lori yang keluar masuk membuang sampah-sarap di situ.Selain meminta bayaran, kumpulan terbabit dipercayai turut mencederakan penduduk pangsapuri yang mengambil barangan terpakai di situ.

Penduduk yang mahu dikenali sebagai Lina, 34, berkata, ibunya sendiri pernah dimarahi seorang lelaki berbadan tegap dipercayai penjaga tapak berkenaan kerana mengambil kayu untuk dijadikan pagar kebun.

“Selain ibu, pernah juga penduduk lain dimarahi dan ada yang dipukul menggunakan kayu, parang dan kabel elektrik.“Lebih menyedihkan apabila mereka turut bertindak kasar terhadap warga emas,” katanya ketika ditemui di sini.Lina berkata, kewujudan pusat sampah haram itu menjejaskan kesihatan penduduk kerana timbunan sampah mengundang kehadiran lalat.

Katanya, kawasan dulunya dipenuhi tanaman sayuran dan buah-buahan kini dipenuhi sampah daripada sisa kertas hinggalah makanan basah dan industri.Katanya, lokasi pembuangan yang terletak di pinggir Sungai Klang itu turut mencemarkan sungai berkenaan apabila pemandu lori terbabit dilihat membuang sampah ke dalam sungai akibat keluasan pusat pelupusan tidak dapat menampung jumlah sampah yang semakin bertambah.

“Kami tidak tahan bau meloyakan yang boleh merebak sehingga satu kilometer terutama selepas hujan. Sekarang kawasan rumah bertambah busuk selain lalat dan anjing liar semakin banyak.“Selain itu, kehadiran anjing liar membahayakan kerana ia pernah mencederakan penduduk. Anak saya sendiri hampir digigit anjing yang mengejarnya sehingga ke rumah yang terletak di tingkat lima,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana