Kalimah Allah: PAS tolak pelawaan Hasan Ali serah memo bantahan esok

KUALA LUMPUR: PAS menolak pelawaan Pengerusi Jalur Tiga (JATI) Datuk Hasan Ali untuk menyertai perarakan penyerahan memorandum bantahan kepada Duta Vatican City ke Malaysia Biskop Joseph Marino yang membangkitkan kemarahan umat Islam di negara ini berhubung penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh ketika dihubungi Antarapos berkata tiada sebab untuk parti pembangkang itu 'menjalinkan' hubungan dengan JATI dan PERKASA dengan menyertai bantahan berkenaan.

Sehubungan itu Nik Zawawi menegaskan parti itu tidak akan 'melayan' pelawaan dibuat Hasan baru-baru ini.

"Kita secara rasmi tidak (akan sertai penyerahan memorandum) sebab kita tidak pernah membuat apa-apa persefahaman atau menjalinkan kerjasama dengan JATI dan juga PERKASA.

"Kalau ada ahli PAS hadir ia bukan atas pelawaan itu sebab kita tidak buat apa-apa keputusan...dia (Hasan) pelawa tapi kita tak terima kerana tiada hubungan dengan dia.

"Jadi dia tak perlu nak pelawa kitalah," katanya menjawab pelawaan Hasan itu.

Penyerahan memorandum bantahan itu akan diadakan selepas solat Jumaat esok di Kedutaan Vatican ke Malaysia yang terletak di Jalan U-Thant, Kuala Lumpur.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana