Jurutera VS ahli perniagaan di pilihanraya kecil DUN Kuala Besut...

Kini teka teki sudah terjawab.Setelah BN menamakan jurutera muda Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, ( tengah pakai cap) sebagai calon mewakili parti itu dalam PRK Kuala Besut pada petang Selasa...pada lewat malam PAS pula umum seorang ahli perniagaan,Azlan Yusof,48 (kiri hitam putih) sebagai calonnya.

Kedua mereka adalah anak tempatan Kuala Besut dan dan sebelum ini tidak dikenali di arus perdana politik negara.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan nama Tengku Zaihan pada satu majlis di Dataran Kuala Besut.

Manakala nama Azlan yang juga Bendahari PAS Besut diumum oleh Presiden PAS,Datuk Seri Haji Hadi Awang pada satu majlis di Kampong Nail,Kuala Besut.

Muhyiddin dalam ucapannya berharap BN menang dengan majoriti lebih besar kali ini.

Tengku Zaihan merupakan bekas Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut, yang kini jurutera JPS di Putrajaya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Julai ini sebagai hari penamaan calon manakala tarikh mengundi adalah 24 Julai.

PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Terengganu, akibat masalah paru-paru pada 26 Jun lalu.

Pada PRU13, 5 Mei lepas, Allahyarham mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut yang dimenanginya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 mengatasi calon PAS, Napisah Ismail.

Sementara itu, Muhyiddin berkata kemenangan pada pilihan raya kecil ini cukup signifikan untuk mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan BN di Terengganu.

Beliau yang juga Pengarah PRK Kuala Besut berkata oleh itu pengundi di Kuala Besut yang bakal menjadi penentu kepada nasib BN di Terengganu perlu memastikan agenda transformasi yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut dinikmati rakyat di negeri ini.

"Kemenangan di Kuala Besut jadi penentu untuk memastikan Terengganu kekal dapat bergerak seiring dengan kerajaan di peringkat pusat dan sebab itu kedudukan BN perlu dikukuhkan lagi dan kemenangan ini cukup signifikan," katanya.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu, BN Terengganu memenangi 17 kerusi DUN manakala pembangkang meraih 15 kerusi DUN untuk BN membentuk kerajaan negeri.

Muhyiddin berkata selain untuk mencatat kemenangan, jentera pilihan raya BN perlu memastikan jumlah majoriti meningkat berbanding majoriti 2,434 pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu.

Menurutnya kempen pada bulan Ramadan tidak akan menjadi penghalang jentera BN untuk mendekati rakyat selain menggunakan peluang tersebut untuk berkhidmat mengikut tuntutan agama Islam.

"Kita ambil ini sebagai cabaran sebab jatuh pada bulan puasa dan kita akur kepada keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan tarikh PRK," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana