Johari Abdul Ghani Dilantik Pengerusi UDA Yang Baru ...Tahniah Dan Syabas MEmang TEpat Melantiknya

KUALA LUMPUR: UDA Holdings Bhd, melantik Datuk Johari Abdul Ghani sebagai Pengerusinya yang baharu berkuat kuasa 8 Julai, bagi menggantikan Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed yang tamat perkhidmatan pada 16 April lepas.

Dalam satu kenyataan, UDA Holdings berkata beliau mempunyai lebih 23 tahun pengalaman dalam dunia korporat yang melibatkan usaha membaik-pulih prestasi syarikat melalui penstrukturan kewangan dan penggabungan dan pengambilalihan.

Beliau juga berpengalaman luas dalam pelbagai industri di Malaysia, antaranya industri makanan, minuman, pertanian, pembuatan dan infrastruktur.

Selain itu, beliau juga aktif dalam pelbagai bidang kerja sosial dan aktiviti kemasyarakatan dan pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemakanan Negara di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Beliau kini adalah Pengerusi Yayasan Bena Nusa dan ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pendidikan Titiwangsa, Ahli Parlimen Titiwangsa dan juga Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Titiwangsa.-BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana