Jasbir Singh Bersumpah : Altantuya Tiada Kaitan dengan PM & Scorpene


 KUALA LUMPUR 28 Julai - Tuduhan beberapa pihak berhubung pembunuhan Altantuya Shaariibuu dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah satu propaganda palsu.
 
Sambil melafazkan sumpah, arkitek urus janji kapal selam Scorpene, Jasbir Singh Chahl berkata,  model Mongolia itu tidak pernah menjadi sebahagian daripada pasukan rundingan itu apatah lagi turut serta dalam perjanjian di Perancis.
 
"Saya bersedia bersumpah atas buku suci (agama) saya, Guru Granth Sahib bahawa saya tidak kenal orang ini, bahawa dia tidak pernah menjadi sebahagian daripada pasukan, tak pernah jumpa dia, bahawa dia tidak pernah berada di Perancis semasa keseluruhan masa kami cuba untuk memuktamadkan urus janji itu.
   
"Saya hanya tahu tentang dia apabila membaca akhbar pada 2006 bahawa mereka telah menjumpai mayatnya," katanya kepada The New Straits Times dalam laporan khas bertajuk 'Scorpene : The Untold Story', yang diterbitkan di sini hari ini.
 
Jasbir juga menjelaskan, jika Altantuya bertindak sebagai penterjemah bagi Abdul Razak Baginda, seorang bekas penganalisis politik tempatan yang membantu beliau menjadi orang tengah dalam urus janji itu, dia sepatutnya hadir pada semua mesyuarat dari tahun 2000.

Sebaliknya, dalam satu dokumen rasmi Perancis yang diberikan kepada NST, polis Perancis menyebut dengan tegas bahawa Altantuya tidak pernah memasuki Perancis dari 1999 hingga 2006, tahun di mana dia meninggal dunia.
 
"Ia juga menyebut bahawa semua mesyuarat berlangsung di Perancis dengan sebahagiannya di Malaysia dan semuanya dalam Bahasa Inggeris.
 
"Ini apa yang saya katakan sekarang, anda faham. Inilah apa yang dikatakan oleh pihak berkuasa Perancis," ujarnya.
 
Abdul Razak, yang merupakan rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menonjol namanya pada 2006 apabila didakwa bersubahat dalam pembunuhan Altantuya, 28, selepas dia cuba mengugutnya $500,000 daripada urus janji itu.
 
Beliau dibebaskan pada 31 Oktober, 2008 apabila Hakim Mahkamah Tinggi Malaysia mendapati tiada kes prima facie ke atasnya walaupun dua anggota polis terbabit dalam pembunuhan itu didapati bersalah.

Menurut keterangan Abdul Razak di mahkamah, dia hanya bertemu Altantuya pada akhir 2004, sementara urus janji Scorpene yang memasuki peringkat rundingan pada 2000 selesai pada 2002.
Menjawab persoalan berhubung keperluan melantik Altantuya sebagai penterjemah Abdul Razak, Jasbir secara sinis mempersoalkan tindakan beberapa blog yang  menyebarkan dakwaan berkenaan.
 
Katanya, laporan khas itu menimbulkan keraguan mengenai keperluan mengambil Altantuya sebagai penterjemah, apabila semua fakta menunjukkan bahawa rundingan dengan syarikat Peranics dikendalikan dalam bahasa Inggeris.
 
"Sebenarnya, pasukan Perancis, pada awalnya diketuai seorang lelaki Inggeris,  Martin Hill, yang juga fasih berbahasa Perancis."Sebagai tambahan, dalam keterangan kepada pihak berkuasa Perancis pada 2010, bekas pengurus pemasaran DCNS bagi Malaysia dan Singapura pada masa itu, Fredric Faura, memberitahu para penyiasat bahawa tiada keperluan bagi seorang penterjemah memandangkan rundingan itu diajalankan dalam Bahasa Inggeris dan rakyat Malaysia fasih dalam bahasa itu," katanya yang merujuk fakta laporan khas tersebut.
Beliau juga mempersoalkan kewibawaan salah seorang tokoh parti pembangkang yang mengakui telah menghasilkan gambar palsu menunjukkan Altantuya dengan Najib dan Abdul Razak, di sebuah restoran di Paris.
 
Tambahnya, pengakuan pemimpin politik itu telah melibatkan hubungan ini adalah hal peribadi  Razak Baginda dan Altantuya.

"Perjanjian beliau dengan wanita itu tidak ada kaitan langsung dengan urus janji Scorpene.
 
"Agak malang kerana ia berlaku serentak dengan tercetusnya isu urus janji kapal selam. Razak satu-satunya orang yang ada kaitan dalam perkara ini," katanya.
 
Jasbir adalah bekas kakitangan Thomson-CSF International (M) Sdn Bhd, anak syarikat Thomson-CSF (sekarang Thales) Malaysia, dalam projek kapal ronda pesisir pantai (OPV) Tentera Laut Diraja Malaysia, SHORAD (sistem pertahanan udara jarak dekat) dan projek lain kepada Thomson-CSF dan anak syarikatnya.
 
Pengalamannya yang luas dalam bidang ini menyebabkan Thales meminta beliau untuk menganalisis, menilai dan membangunkan satu cadangan bagi membekalkan kapal selam kepada Malaysia, yang menghasilkan pembelian Scorpene, kata laporan itu

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana