ISMA buat laporan polis ancaman Syiah di laman sosial...Syiah Jangan Ambil Mudah..

SHAH ALAM: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) hari ini membuat laporan polis terhadap penyebaran gerakan fahaman Syiah yang terus menular dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia melalui laman media sosial facebook.

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Daerah Polis Shah Alam pada jam 1.30 petang tadi oleh Ketua Unit Kajian Syiah ISMA, Mohamad Ismail bersama 10 orang ahli ISMA yang lain.

Ismail yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat berkata pihaknya telah pun mengumpul banyak maklumat berhubung usaha penyebaran Syiah yang berleluasa khususnya di 'facebook'.

Kebanyakannya dikenal pasti melalui 200 ‘profile account’ individu-individu terbabit yang secara jelas dan nyata menyebarkan fahaman Syiah menerusi ‘status’ dan juga kenyataan-kenyataan mereka di ruang ‘comments’.

“Lebih kurang 200 akaun faceebook yang dikenalpasti, bayangkan jika 1 akaun mempunyai 1000 rakan, jika 200 akaun ianya boleh mencecah sehingga 200,000 pengguna facebook, maka gerakan Syiah ini akan terus tersebar tanpa sekatan," menurut beliau yang dipetik daripada kenyataan media.

Beliau juga mendakwa akaun Facebook tersebut turut digunakan untuk menyebar hadith-hadith yang memaki para sahabat Nabi Muhammad SAW.

Justeru itu beliau mahu pihak berkuasa memandang serius mengenai perkara ini dan tindakan segera perlu diambil terhadap individu yang terlibat.

“Oleh yang demikian ISMA mahu pihak polis dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang mengembangkan Syiah dan mengamalkan fahaman ini,” tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana