Idris Jusoh: Henti tuduhan kerajaan ugut guru...Bagi Adminlah Ramai Yang Sokong PR...

BESUT: Menteri Pendidikan 11, Datuk Seri Idris Jusoh mengingatkan pihak tertentu agar menghentikan tuduhan kononnya kerajaan mengugut guru yang tidak menyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut nanti.

Beliau yang juga Timbalan Pengarah PRK Dun Kuala Besut berkata, pihak terbabit diminta tidak buat tuduhan melulu, tambahan sekarang adalah bulan puasa.

Menurutnya, beliau dan kerajaan tidak pernah mengugut guru untuk mengambil sebarang tindakan jika tidak  menyokong BN.

“Ia adalah tuduhan melulu bagi membangkitkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan warga pendidik,” katanya selepas Program Bicara Intelektual Bersama Menteri Pendidikan 11 di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Mizan, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Profesion Perguruan (NUTP), Hashim Adnan yang disiarkan media tertentu yang mengingatkan parti-parti politik, guru tidak harus diancam atau diugut untuk mengundi mana-mana pihak.

Idris sebelum ini menyeru supaya memilih calon BN bagi memastikan agenda pembangunan negara dapat diteruskan.

Dalam kenyataan itu, beliau tidak mengeluarkan perkataan berbentuk ugutan atau paksaan terhadap guru menyokong kerajaan.

Beliau hanya seru agar guru buat pertimbangan sewajarnya memandangkan kerajaan melakukan pelbagai usaha demi kebaikan warga pendidik di negara ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana