Gambar Hanya 60 Penyokong Hadir di Ceramah PAS.


KUALA BESUT 18 Julai - Sesi ceramah Pas untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut pada hari ke 7 hambar apabila dianggarkan hanya 60 orang sahaja menghadiri sesi ceramah di  di padang berhampiran Sekolah Menengah (SMK) Nurul Ittifaq malam semalam.

Meskipun dihadiri oleh penceramah hebat seperti Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu ternyata sesi ceramah tersebut gagal menarik minat penduduk di kawasan berhampiran untuk menghadiri sesi ceramah tersebut.

Antara ternamaan yang hadir pada sesi ceramah tersebut termasuklah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Datuk Tengku Hassan Omar dan Calon Pas bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azlan Yusof atau lebih dikenali sebagai Che Long.Ketika dalam ceramahnya, Mat sabu melahirkan rasa keyakinan yang tinggi kepada penduduk di Pulau Perhentian akan memberikan undi kepada Pas memandangkan Calon Pas bagi DUN Kuala Besut, pada Pilihan Raya ke-13 (PRU13) lalu

"Semalam saya berada di Pulau Perhentian, disana sambutan yang diberikan agak baik kerana calon dahulu berasal daripada sana dan undi yang kita perolehi agak sedikit pada PRU lalu. Tetapi kali ini mereka lihat penduduk disana orang yang sesuai ganti kepada wakil rakyat dahulu ialah Che Long.

"Penduduk di Pulau Perhentian nampaknya begitu mesra dengan beliau dan saya yakin penigkatan sokongan yang tinggi kepada Pas pada 24 Julai nanti akan berlaku di Pulau Perhentian,"katanya ketika berceramah," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana