Exco akui rumah urut banyak walaupun lesen beku

SHAH ALAM: Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Kim mengakui Selangor mempunyai bilangan rumah urut dan pusat hiburan yang banyak meskipun kerajaan negeri tidak lagi mengeluarkan lesen baru.

Beliau juga tidak menafikan rumat urut baru dan pusat hiburan berkenaan beroperasi secara haram dan tidak mempunyai sebarang kelulusan.

"Untuk isu-isu seperti ini, kemukakan maklumat yang lengkap kepada pihak berkuasa bagi memudahkan membuat pemantauan kerana ada banyak rumah urut, ada banyak pusat hiburan.

"Bagaimana PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) dan agensi berkaitan nak jalankan tugas sekiranya tiada maklumat?" soalnya ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan  Jakiran Jacomah (BN-Bukit Melawati).

Teng berkata, aduan itu perlulah lengkap dan meminta orang ramai menghantar satu salinan kepada dirinya juga agar beliau dapat memastikan pihak berkuasa tempatan menjalankan tugas mereka.

"Sekiranya ada aduan, hantarkan satu salinan kepada saya supaya saya juga dapat mengingatkan PBT untuk mengambil tindakan terhadap aduan tersebut," katanya.

Beliau juga memaklumkan kepada sidang DUN Selangor hari ini bahawa kerajaan negeri, selain membekukan lesen pusat hiburan dan rumah urut, juga bertindak tegas terhadap pemilik yang sedia ada dalam usaha membanteras maksiat.

"Tindakan kompaun ke atas premis-premis di atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen termasuk kepada pemilik premis, melaksanakan tindakan sitaan dengan menyita peralatan seperti komputer yang berada di premis.

"(PBT juga) mengkaji semula syarat kelulusan lesen dan melaksanakan operasi bersepadu bersama agensi kerajaan," katanya.

Bilangan pusat hiburan dan rumah urut di Selangor dilaporkan meningkat sejak tahun 2008, iaitu apabila kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir negeri ini. Walaupun lesen baru tidak dikeluarkan, difahamkan kebanyakannya pusat berkenaan beroperasi tanpa lesen.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana