Erra Fazira Kemalangan, Motosikal Berkuasa Besarnya Terperosok Ke Bawah Lori!


Dikhabarkan penyanyi, pelakon dan pengacara popular, Erra Fazira berhadapan detik cemas apabila mengalami kemalangan jalan raya pada Sabtu lalu. Difahamkan, motosikal berkuasa besar yang ditunggang Erra telah terbabas hingga masuk ke bawah lori.

Namun, Erra nyata bernasib baik apabila menerusi status di akaun Twitternya dia memaklumkan hanya mengalami cedera ringan sahaja tetapi motosikalnya dilaporkan mengalami kerosakan teruk.

Ketika kemalangan, Erra dalam perjalanan ke Port Dickson bersama rakan-rakan serta dua lagi selebriti popular yang juga rakan baiknya, Umie Aida dan Linda Onn.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana