Enggan Tarik Balik, Teck Meng Gesa Kerajaan Siasat Dakwaan Akaun Milik Anwar

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng tetap berpegang dengan keputusan yang dibuat untuk tidak menarik kembali atau membuat kenyataan maaf terhadap isu yang dibangkitkan sebelum ini.
Ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Selasa lalu, beliau telah mengemparkan Sidang Dewan Rakyat apabila mendedahkan maklumat dari WikiLeaks, berkenaan 20 akaun peribadi milik Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.
“Saya memberi contoh bagaimana Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang mendapat dana asing dan bagaimana bekas Naib Presiden (Indonesia), Jusuf Kalla yakin ada kuasa asing dan syarikat-syarikat luar yang memberi dana untuk perhimpunan bantahan.
“Dalam internet juga ada tuduhan Anwar memiliki 20 akaun di luar negara yang berjumlah ratusan juta semasa dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dan sembilan akaun itu berada di Israel National Bank, Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan Israel jadi apa kaitan Anwar dengan Israel?
“Isu-isu campur tangan asing ini yang saya minta penjelasan dan jawapan konkrit dari kerajaan, sekiranya benar ada kuasa ketiga hendak menumbangkan kerajaan, kita tidak boleh memperlekehkan perkara keselamatan dan kedaulatan ini,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Menurutnya lagi pendedahan mengenai akaun yang berpangkalan di luar negara dengan jumlah simpanan mencecah USD66 juta (RM209 juta) itu bertujuan untuk mendapatkan pengesahan sama ada berlaku atau tidak campur tangan asing dalam politik negara.
Jelasnya lagi 20 akaun tersebut masing-masing terdapat di bank-bank di Israel, Amerika Syarikat, Singapura serta China. Memandangkan setiap akaun mempunyai maklumat terperinci termasuk nama pemegang, jawatan, nombor pasport, jenis, nombor, tarikh akaun dibuka dan tarikh matang maka adalah tidak sukar untuk pihak kerajaan bagi menjalankan siasatan dan mendedahkan perkara itu kepada masyarakat.
Tidak berpuas hati dengan pendedahan yang dilakukan itu, Disebabkan pendedahan yang dilakukan itu, ahli Parlimen Jelutong (DAP), Jeff Ooi Chuan Aun telah menghantar permohonan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Permohonan Jeff ooi itu bertujuan untuk menggesa Dewan Rakyat agar mengheret Teck Meng ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Ahli Parlimen kerana dikatakan telah membuat tuduhan yang tidak berasas terhadap Anwar.
Pandikar Amin yang mengeluarkan kenyataan berhubung permohonan itu berjanji akan mengkaji dan mengambil tindakan yang sesuai terhadap ahli parlimen Simpang Renggam itu.
“Notis yang saya terima daripada Jelutong, saya akan teliti. Selepas itu saya akan buat tindakan sewajarnya,” kata beliau pada sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Teck Meng menyerahkan perihal tersebut kepada Speaker Dewan Rakyat, untuk membuat keputusan.
“Sebenarnya saya tidak akan bagi apa-apa komen, kerana Tan Sri Speaker sudah berkata bahawa beliau akan buat keputusan kemudian. Saya tidak akan tarik balik memandangkan itu adalah isu yang cukup serius dan penting demi kedaulatan dan keselamatan negara.
“Saya mahu kerajaan menyiasat betul-betul segalanya apa yang tersebar dalam internet sama ada betul ataupun tidak,” tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana