Editor Makkal Osai Menghasut Rakyat, Apa Tindakan AG?..

Editor Berita akhbar Makkal Osai Mohan Perumal antara paling lantang membelasah guru sekolah yang dikatakan mengarahkan pelajar bukan Islam makan di dalam tandas. Dalam posting pertama beliau di Facebook mengenau isu ini beliau menulis,

Tuan Zaharin Mohd Yasin Najib Razak Haji Rahim Mahmood Ini adalah tindakan Guru Besar Sekolah kebangsaan Sri Pristana yang memberi arahan kepada murid-murid bukan lslam untuk makan makanan mereka di perkarangan tandas semasa Bulan Puasa. Mungkin Allah dan Nabi Mohammad (saw) sendiri tak akan maafkan Guru Besar tersebut.
Kepada ibubapa yang terlalu gairah hantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan padan muka. Apakah gunanya berpuasa dan solat lima kali, tetapi bertindak seperti anjing liar terhadap umat manusia sendiri?

Adalah jelas beliau tanpa soal siasat menghasut orang bukan Melayu membenci sekolah kebangsaan, menghina guru Islam sehingga mempersoalkan ibadah orang Islam. Beliau tanpa segan silu menuduh guru sekolah terbabit melayan pelajar bukan Islam seperti anjing liar.

Walaupun Saudara Mazidul Akmal sidek telah mendedahkan isu sebenar, maka tidak timbul langsung soal murid bukan Islam diarahkan makan di dalam tandas.
Malangnya sehingga jam lapan malam ini, Mohan langsung tidak mengemukakan sebarang pembetulan.

Malah Malaysiakini.com juga melaporkan bahawa pelajar dibenarkan makan di dalam bilik persalinan sejak Mac lalu kerana kantin yang sesak sekaligus menafikan dakwaan kononnya pelajar bukan Islam di diskriminasi pada bulan puasa.

Tidak cukup itu, seorang pelajar sekolah berketurunan india turut menulis komen mengenai Pengetua melayu yang baik dan membantu kaum India di dinding Facebook Mohan, langsung tidak dikomen oleh beliau.



Sebagai Ketua Pengarang sebuah akhbar Mohan sepatutnya menyiasat dan menyelidik sebelum memaki hamun guru dan menghina agama Islam atas dakwaan yang beliau belum pasti benar. Malangya beliau bukan sahaja gagal sebagai memberi laporan yang objektif, malah langsung tidak berminat membetulkan kenyataannya.

Sekarang kita mahu tahu apa tindakan Peguam Negara ke atas ketua pengaran Makkal Osai ini?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana