DUN Kuala Besut Sah Dimenangi BN....Terengganu KEKAL BN Dulu Kini Dan Selama lamanya

Akhirnya pengumuman rasmi yang dinanti-nantikan tiba jua apabila SPR mengumumkan kemenangan sah memihak kepada calon BN, Tengku Zaihan dengan kelebihan majoriti 2,592 undi.Majoriti kemenangan itu sedikit tersasar dari angka tidak rasmi sebelum ini namun yang pentingnya BN menang dan majoritinya pula bertambah. Oh.. Indahnya kemenangan ini. Berkat bulan Ramadhan. Alhamdulillah.

BN memperolehi sejumlah 8,288 sementara lawannya jauh ketinggalan apabila cuma mendapat 5,696 undi dan undi rosak pula ialah sebanyak 125 undi. Keseluruhan jumlah keluarga mengundi dalam peratusan terdekat ialah 80%.

Berikutan kekalahan PAS itu, calonnya yang dikenali Endot @ Azlan Yusof yang lebih dikenali sebagai Che Long sengaja tidak hadir di majlis pengumuman tersebut. Barangkali malu agaknya, kasihan.

Kemenangan ini sesungguhnya bermakna kerana BN berjaya meningkatkan undi majoriti kemenangan meskipun jumlah keluar mengundi lebih rendah berbanding PRU-13.

Paling penting kemenangan BN ini membuktikan UMNO terus mendapat kepercayaan orang Melayu Islam sementara PAS pula kian terhakis pengaruhnya terutama selepas terlalu asyik bersekongkol diperlembukan oleh DAP dan PKR.

Dari sudut lain, BN membuktikan pendekatan berhemah yang dilaksanakannya jauh lebih efisien berbanding ceramah politik PAS di bulan Ramadhan.

Selain itu, jutaan terima kasih juga untuk Naib Presiden PAS, Husam Musa kerana membawa strategik ‘mengKelatekan’ Kuala Besut, ternyata ia berkesan dalam menjauhkan pengundi dari PAS. Tahniah Husam atas jasa baik mu itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana